Saturday, November 12, 2016

Jitungan

Masa ambil Aina hari Rabu lepas, kakak pengasuh kat taska beritahu. "Kak, rasanya Aina kena jitungan ni."
 
Saya ingatkan kena gigit apa la agaknya. Serangga jenis apa jitungan ni.

Sy tanya kembali, "Jitungan tu mcm mana?"

"Ala kak, yang naik biji2 jernih yg gatal tu."

"Owh, chicken pox ke?"

"Iya la kak, chicken pox."

Memang dah nampak beberapa biji chicken pox (CP) kat badan Aina hari selasa tu. Tambahan pula dah beberapa hari Aina dedar2 badan.

Jadi hari Khamis terpaksa ambil EL. Bawa Aina ke klinik dan doktor sahkan mmg CP.

Ni snap gambar hari Khamis... Dah agak banyak...
Bintik air di kaki...
Masa ni boleh senyum2 gelak lagi Aina ni...
Seronok agaknya ummi cuti dan layan dia seorang jer...

Hari Jumaat makin byk bintik2 air yg muncul.
Aina pun makin crancky.
Bergilir berdukung dgn ummi dan Abah jer.
Langsung tak nak abang atau kakak dukung...
Selera makan pun makin kurang...

Hari ni CP dah naik satu badan. 
Lepas sapu calamine lotion satu badan baru boleh tidur nyenyak...
Nampaknya kena sambung EL lagi minggu depan.
Doakan semoga Aina cepat sihat yer... Amin!!!

10 comments:

  1. Alahai..sian baby.. moga cepat kluar semua bintik tu dan cepat baik ye..

    ReplyDelete
  2. Semoga baby cepat sembuh.
    Kata orang, kasi minum air kelapa.

    ReplyDelete
  3. aamiin..

    Alahai kesiannya Aina..

    ReplyDelete
  4. aamiin..

    Alahai kesiannya Aina..

    ReplyDelete
  5. aduh penuh 1 badan... sian nya aiyan
    gws ye sayang... moga cpt sembuh n cpt kering jitungan tuh

    ReplyDelete
  6. Get well soon Aina. Jangan risau kak, baby kena chicken pox 3 4 hari dah baik.

    ReplyDelete
  7. kata org chicken pox ni hanya naik sekali seumur hidup ja..anak2 akak mmg mcm tu..sekali sorg mesti kena...

    ReplyDelete
  8. heheh 1st time dengar pkataan jitungang mase mula2 kawen dgn hb dulu.. pastu ada one time imm sebut jeletung, suka guling2 hb kite😂😂😂

    ReplyDelete
  9. Senang kalau dah kena chicken pox masa kecik Bijen, kesan dia cepat hilangnya, orang cakaplah hihi...
    Ohh org Pantai Timur cakap Jitungan rupanya. Ilmu baru nampaknya ni...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails