Monday, May 16, 2011

menang GA

Alhamdulillah, 
sekali lagi menang GA 
kali ni menang GA anjuran mama Shifa
terima kasih mama sebab sudi anjurkan GA
dan terima kasih kpd en random.org sbb 
pilih nama akak sbg pemenang
keputusan penuh GA boleh tengok di sini
tahniah juga pada pemenang lain :)

saya ni akan jon GA bila ada mood
maaf  yer pada kawan kawan yg tag saya utk join GA atau contest
tapi saya tak dapat nak join
mungkin masa tu mood ke laut 
atau tak dapat curi masa nak join GA/contest
sebab tu saya tak berapa suka join GA yang nak kena tag another blogger
takut nanti blogger yg saya tag tu tak berkelapangan
mesti blogger tu akan rasa serba salah
but this is just my opinion

note: Selamat Hari Guru kepada blogger yang bergelar CIKGU  :)
NuKilaN:

Monday, May 9, 2011

hari ibu

semalam adalah sambutan hari ibu
bila buka facebook, ramai yg ucapkan 
"happy mother's day" utk ibu masing-masing
tak lupa juga utk ibu mertua
sambil tu saya pun duk berangan
dalam 20 tahun lagi (kalau panjang umur la kan)
agaknya dapat tak ucapan yg sama dari anak-anak?
lambatnya nak tunggu anak-anak besar 
tapi tentu sekali masa 'tu' akan datang, kan?

balik kerja semalam, saya agak pelik
pintu pagar dah siap terbuka
dan anak-anak pun tak sambut saya di muka pintu
kemudian pintu rumah dibuka perlahan lahan
cuma kelihatan irfan di sebalik pintu
lepas tu aisyah pun keluar
dengan muka yang ceria, dia ucapkan
"Ummi... selamat hari ibu!"
terkejut sekejap... tp dalam hati bukan main gembira lagi
kemudian, irfan memberi arahan
"ummi, tutup mata dan pegang tangan abang"
"tapi, ummi kena tutup mata rapat-rapat tau!"
ok, ok... saya cuma turuti saja semua arahan irfan
irfan membawa saya ke ruang tamu
bila berada betul betul di hadapan meja 
irfan cakap, "ok, ummi. sekarang dan boleh buka mata"

Taraa.... sebiji kek utk ummi
Terima kasih anak-anak ummi
pandai pula en suami rancang kejutan mcm ni
kemudian kami pun makan kek sama-sama
danish laa orang pertama yang rasmikan kek
habis comot mulut lepas makan kek
NuKilaN:

Tuesday, May 3, 2011

satu jari saja tau!

Saya selalu galakkan anak-anak untuk berkongsi
sama ada berkongsi permainan atau makanan
suatu hari saya masak sup ayam
kaki ayam wajib ada dlm sup
biasanya kaki ayam ada dua
tapi petang tu salah satu kaki ayam saya dah makan
terjadi la perbualan ini antara aisyah dan irfan

irfan: kakak, nak kaki ayam boleh tak?
(kakak adalah panggilan utk aisyah)
aisyah: kalau nak, ambil satu jari saja tau...

mula-mula saya tak faham, apa maksud aisyah
kemudian aisyah patahkan satu jari kaki
dan kasi kat irfan
 irfan tanpa banyak soal, makan satu jari kaki sahaja
aisyah pula dah pandai berkongsi
walaupun tak banyak, tapi jadi la buat ubat
terharu sangat masa tengok peristiwa tu


setiap kali makan sup, mesti teringat kisah ni :)
NuKilaN:
Related Posts with Thumbnails