Sunday, November 13, 2011

Hari Tautan Kasih (HTK)

Dalam entry lepas dah upload banyak gambar berkaitan Hari tautan kasih tanpa sebarang cerita. Entah kenapa, mood nak bercerita tak berapa nak ada minggu lepas.

Sebenarnya majlis HTK dianjurkan oleh pra-sekolah Irfan. Irfan bersekolah di Prasekolah Al-Falah IPG KDRI (Institut Perguruan Kampus Dato' Razali Ismail), Batu Rakit. Prasekolah terbabit adalah di bawah seliaan IPG tersebut. Maka, cikgu pelatih dari IPG boleh menggunakan prasekolah Al-falah pada bila-bila masa untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Majlis tersebut adalah salah satu 'training session' cikgu pelatih semester 5. Disebabkan ibu bapa juga dijemput sama untuk memeriahkan majlis HTK, saya memang tak lepaskan peluang untuk memeriahkan suasana sambil mengabadikan detik bermakna Irfan semasa majlis tersebut.

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil dan setiap kumpulan dijaga oleh tiga atau empat orang cikgu pelatih. Setiap kumpulan mempunyai tugasan masing-masing. Setiap tugasan yang diberikan adalah bertujuan untuk membiasakan rutin harian ibu bapa kepada anak-anak. Ada kumpulan yang kena menggosok baju sekolah, memasak karipap, mencuci pinggan mangkuk, membasuh baju, membasuh kasut sekolah dan macam-macam lagi.

Irfan yang bergaya dengan apron

Irfan yang ditempatkan di Kumpulan 1 dikehendaki menyediakan roti bakar. Saya sangat seronok melihat cara cikgu tersebut menerangkan satu per satu cara membakar roti. Dari perkara yang sangat asas diterangkan kepada anak-anak dengan cara yang menyeronokkan dan penuh sabar. Maklumlah kanak-kanak, bukan senang nak tarik perhatian mereka. Kena praktiskan segala yang telah dipelajari secara teori bila berdepan dengan anak-anak berusia 6 tahun ni.

Walaupun tak sempat tunggu hingga habis program, saya tetap rasa bertuah sebab dapat hadir ke program tersebut. Yang pasti, ia tentu pengalaman yang sangat bermakna  buat Irfan juga.

NuKilaN:
 

Thursday, November 3, 2011

bengkak lagi

Mode sekarang: lemah lemah badan.

Dah lama tak jadi macam ni.
Sebabnya semalam saya bengkak susu lagi.
Dah lama tak kena bengkak susu.
Kali terakhir kena bulan Julai tahun lepas (seperti kisah di sini).

Semalam balik kerja agak lewat. Masuk jer kereta, pasang radio dah dengar orang azan Maghrib. Masa tu memang dah rasa tak sedap badan. Ingatkan sebab lewat makan. Lunch saya ambil pada pukul 6.30 ptg selepas sarapan pada pukul 9 pagi. In between ada makan sedikit buah dan kuih untuk alas perut.

Balik rumah, danish merengek nak minum susu. Lepas minum susu, danish terus tidur hingga ke pagi. Sangat lega rasanya bila danish tidur awal. Lepas solat Maghrib, saya terus tunggu solat Isyak. Masa tu memang dah nak menggigil tapi tahan lagi. Bila check suhu, 37.8. Ok la sebab tak tinggi sangat.

Lepas solat Isyak, terus tidur. Masa tidur baru sedar yang B sebelah kiri ada sedikit benjolan. Padahal danish baru jer menyusu sebelah kiri. Saya cuba urut supaya perlahan-lahan supaya sakit berkurangan. Bila tak berjaya juga, saya kejutkan danish untuk menyusu sebelah yang sakit. Nasib baik sakit sedikit berkurangan selepas danish menyusu.

Bangun pagi ni masih terasa lemah-lemah badan. Tapi terpaksa gagahkan juga diri ke tempat kerja. Harapnya bengkak ni tak berpanjangan. Sentiasa cuba positifkan diri - bila B bengkak, itu bermaksud susu masih banyak :), hehehe, sekadar sedapkan hati diri sendiri. Doakan saya yer kawan-kawan :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails