Tuesday, April 9, 2013

JJD1::: Main Street USA || Sleeping Beauty Castle

** JJD1 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 1

Target hujung minggu ni nak buat coverage pasal cuti2 disneyland yang tertangguh. Kena luangkan juga masa untuk rujukan dan buat kenangan anak-anak di masa depan. Tapi target tak tercapai, entry entah ke mana... huhuhu...

Ok, jom ikuti kembara kami di Disneyland....

Disebabkan kami menginap di Sequio Lodge, maka kami diberi extra two magic hours. Maksudnya kami boleh masuk dua jam lebih awal berbanding pengunjung lain yang tidak menginap di hotel Disney. Waktu rasmi disneyland dibuka adalah pada pukul 10 pagi. Jadi kami dibenarkan untuk masuk seawal jam lapan pagi.
Tiket dan pass untuk masuk awal
Ada empat tiket jer sebab utk Danish saya seludup masuk jer (hehehe, belajar dari LL)
Ingatkan kami jer yang keluar awal, rupanya ramai lagi yang berpusu-pusu masuk pada pukul lapan tu.
Lepas check tiket, terus  menapak ke dalam Disneyland Park dan menyusuri Main Street USA.

Main Street USA
Kedai makan belum buka lagi masa ni
Banyak kedai di kiri kanan Main street USA
Tumpang bergambar dengan topi orang
 Dari Main Street USA, anak-anak dah mula teruja bila nampak Sleeping Beauty Castle. Terus mereka cepat-cepat menapak ke sana...

Tengok la suasana yang basah pada pagi tu. Tapi nasib baik masa kami sampai tak hujan. Sebelah pagi boleh dikatakan cuaca cantik, cuma hujan agak lebat di sebelah petang.

Lama juga luangkan masa bergambar depan ni.  Tapi bila check balik, takde gambar anak-anak posing bertiga. Gambar keluarga jer yang banyak. So saya tempek gambar Irfan posing sorang2 aje la :)

Sleeping beauty castle dari dekat...
Tak sangka mimpi jadi realiti :)

Landscape di sekitar castle - sebelah kiri
Bangunan yang nampak tu adalah bangunan Aladdin di Adventureland

Suka tgk air terjun ni.... 

Entah apa yg Irfan duk baca tu...

Bersambung....

NuKilaN:
 

Friday, April 5, 2013

Slang Yorkshire

Saya tertarik dengan komen MFM dalam entry ni....


Sejujurnya, saya jarang speaking dengan anak-anak. Sebelum datang sini, ada kawan-kawan beri tips. Mereka kata, kalau boleh kena cakap melayu dengan anak-anak. Kat sekolah mereka dah didedahkan dengan bahasa Inggeris. So biar anak-anak boleh kuasai dua-dua bahasa. Nanti kalau tak tahu bahasa melayu, masak juga ummi dia nak mengajar semula bila balik M'sia, ye tak?

Tak pe la anak-anak tak berabuk cakap London pun. Janji mereka boleh faham bila orang speak English. Tapi kan, kat sini anak-anak bukan cakap slang London tapi slang Yorkshire. Masa mula-mula dengar slang tu, nak tergelak pun ada sebab bunyinya macam english baku. Kalau RUN, kita akan pronounce RAN, kan? Kalau slang Yorkshire mereka akan sebut RUN jugak. Macam bahasa Inggeris dimelayukan pun ada... hihihi

Kalau tak percaya, tengok video Aisyah kat bawah ni...

Dressing Up... beri perhatian pada sebutan UP di awal video.

Lagi satu saya perhatikan banyak sebutan mereka yang silent T di tengah. Kalau LITTLE, mereka sebut tanpa membunyikan huruf T. Bila membilang lagi la bunyi kelakar, kalau saya betulkan mereka kata saya yang salah.. huhuhu

Macam danish, dia banyak mengikut cara bercakap kakak dan abang. Bila kakak sebut "Finish" lepas habis makan, dia pun sebut "Finish" juga.

Salam Jumaat semua, selamat berhujung minggu :)

NuKilaN:
 

Thursday, April 4, 2013

Latihan matematik

Selain daripada berkarya dengan drawing board, anak2 juga gunakan untuk praktis menulis dan buat simple calculation. Hari ni nak share gelagat Aisyah pula membuat latihan matematik...

Sedang fokus cari jawapan
Betul tak ummi?
Bila saya kata betul terus dia checked sendiri
Gigih kira dengan jari
Muka puas hati dapat jawab semua soalan
Lepas tu dia buat latihan "double" pula

Agak-agak ada tak bakat jadi cikgu ni?

Saya dulu pun minat nak jadi cikgu, secara tepatnya Cikgu Matematik. Sebabnya masa saya darjah lima, ada seorang kawan yang nak upah saya jadi cikgu tuisyen. Dia kata, cara saya ajar senang faham daripada cara yang cikgu tuisyen dia ajar. Daripada dia habiskan masa belajar dengan cikgu tu, baik dia datang belajar rumah saya, kata kawan saya tu. Hehehe, kelakar pula bila diingat balik.

Lepas tu mmg terus simpan cita-cita nak jadi cikgu matematik... Tapi terpaksa ubah cita-cita lepas habis matrikulasi sebab tak sanggup jadi cikgu. Banyaknya tugasan dan beban yang tak tergalas rasanya- saya jadi cikgu sementara lepas matrikulasi selama dua bulan.

Sebab tu sangat tabik spring dekat mommies yang bergelar cikgu ni... besarnya jasa korang, Cikgu TJ, Cikgu Anis, Cikgu Aisy :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails