Thursday, April 4, 2013

Latihan matematik

Selain daripada berkarya dengan drawing board, anak2 juga gunakan untuk praktis menulis dan buat simple calculation. Hari ni nak share gelagat Aisyah pula membuat latihan matematik...

Sedang fokus cari jawapan
Betul tak ummi?
Bila saya kata betul terus dia checked sendiri
Gigih kira dengan jari
Muka puas hati dapat jawab semua soalan
Lepas tu dia buat latihan "double" pula

Agak-agak ada tak bakat jadi cikgu ni?

Saya dulu pun minat nak jadi cikgu, secara tepatnya Cikgu Matematik. Sebabnya masa saya darjah lima, ada seorang kawan yang nak upah saya jadi cikgu tuisyen. Dia kata, cara saya ajar senang faham daripada cara yang cikgu tuisyen dia ajar. Daripada dia habiskan masa belajar dengan cikgu tu, baik dia datang belajar rumah saya, kata kawan saya tu. Hehehe, kelakar pula bila diingat balik.

Lepas tu mmg terus simpan cita-cita nak jadi cikgu matematik... Tapi terpaksa ubah cita-cita lepas habis matrikulasi sebab tak sanggup jadi cikgu. Banyaknya tugasan dan beban yang tak tergalas rasanya- saya jadi cikgu sementara lepas matrikulasi selama dua bulan.

Sebab tu sangat tabik spring dekat mommies yang bergelar cikgu ni... besarnya jasa korang, Cikgu TJ, Cikgu Anis, Cikgu Aisy :)

NuKilaN:
 

24 comments:

  1. Hehehe, lagi kemas dari tulisan ummi dia :)

    ReplyDelete
  2. guru pertama bagi anak2 adalah parents mereka sendiri..

    ReplyDelete
  3. setuju dengan bunda.. kita la model buat mereka :)

    ReplyDelete
  4. Aaa, dah ada bakat tu.. Oklah nur jadi pensyarah, kerjanya ajar juga.. Boleh praktikkan bakat yg ada..

    bagusnya aisyah, sejuk hati ummi, bila ada anak rajin macam ni.

    ReplyDelete
  5. huiuh...tak tau nak kata apa dah...senyum ajer lah..!!

    ReplyDelete
  6. Mmg worth it kan beli green board tu,I nampak that day kat kedai, terlintas nak beli untuk JJ but tingat dia gigit2 chalk so hold dulu la.

    Memang besar tangungjawab cikgu kan, pekerjaan yang paling mulia.

    ReplyDelete
  7. Aisy: Kalau pensyarah ni lain sikit, maklumlah sekali ajar 200 orang. tak sempat pun kenal pelajar. Kalau cikgu, boleh telek anak murid satu2... hehehe
    Aisyah mmg rajin menulis, anak perempuan katakan :)

    Cik Azue: senyum pun takper, petua awet muda gitu... hihihi

    Nastyna: Tunggu JJ besar sikit, boleh la rembat satu. Yup, banyaknya saham akhirat mereka, kan?

    ReplyDelete
  8. Hihi tersengih sy baca entri nur ni. Mesti hebat mths ni, anis xcekap sgt maths. Ala nur semua jenis pkerjaan ada tgjawab besar yg kena galas, btul x?:)

    ReplyDelete
  9. cantik tulisan aisyah. In Sha Allah besar nanti pun pandai mcm umminya :-)

    ReplyDelete
  10. dah macam cikgu dah gayanya tu :D

    ReplyDelete
  11. Aisya tu mengikut bakat mama lahtu masa mama darjah 5 hehe....
    Okje pun ada cita cita nk
    jadi Cikgu jugak Bijen...tp Tak kesampaian..jadi surirumah akhirnya haha...

    ReplyDelete
  12. Yalah cantik tulisan Aisyah... :)

    ReplyDelete
  13. ada bakat aisya tu kak.. :)
    suka liya tengok tulisan dia.. kemas je ^_~

    ReplyDelete
  14. Pandai nya Aisyah..
    comel je tgk siap kira kt tangan lagi nak dapat hasil tambah tu..hehe:)

    ReplyDelete
  15. Kalau usia macam Aisya masuk kelas arithmetic lagi cepat tau. Dia ajar cara fokus dulu kemudian kuatkan mental dan ingatan. Kelas ini ramai anak-anak CIna yg masuk dan nampaknya memang amat berbaloi..

    ReplyDelete
  16. pandainya aisyah math nie kan...ikut umminyer kot...sy maths nie kurang sket..kalau akaun takper...:)

    ReplyDelete
  17. singgah sini...as salam...salam kenal...follow me back ok..

    ReplyDelete
  18. Anis: takde la hebat mana, cuma boleh la nak ajarkan sikit2.... hihihi, betul jugak tu... cuma rasa penatnya jadi cikgu, hubby pun kata macam tu :)

    LL: Amin... tgk mood juga, time mood ok jadi la tulisan tu cantik :)

    Nadiah: Hihihi, cikgu cilik :)

    Okje:Tu la, cikgu tu cita2 wajib masa kita kecil.. hehehe, surirumah pun best jugak.. puas hati boleh jaga dan didik anak2 sendiri :)

    RH: Tq tq :)

    ReplyDelete
  19. Liya: Hihihi, mesti dia senyum lebar kalau tahu ramai puji tulisan dia :)

    Atie: Kan? Teringat masa kecik2 dulu pun suka buat mcm tu :)

    Izan: Insya Allah... amin :)

    Kakzakie: Kat sini takde pula kelas macam tu.. kalau ada, mmg saya akan hantar anak2 :)

    ummuaidan: Dia mmg minat buat calculation... tapi ummi dia pun tak pandai sgt congak, selalu kena perli dekat abah budak2 ni sbb selalu congak salah... ekekkek

    nor laila: Tq singgah sini :)

    ReplyDelete
  20. dah ada bakat jadi cikgu dah tu
    tugas cikgu bukan mudah.lagi2 cikgu zaman skarang. mcm2 sistem dah cikgu kena ikut.

    ReplyDelete
  21. Betul tu Nik... macam2 dah kerja cikgu skrang ni... dah jadi multi tasking :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails