Saturday, April 20, 2013

JJD4::: Walt Disney Studio Park (WDSP)


** JJD4 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 4

Lepas main Orbitron di Discoveryland, pengembaraan diteruskan ke taman sebelah iaitu Walt Disney Studio Park (WDSP). Boleh dikatakan kami banyak habiskan masa di WDSP berbanding Disneyland Park pada hari yang pertama. Walaupun WDSP tidak seluas Disneyland Park, tapi tarikan yang ditawarkan di sana memang menarik.

 Masuk jer dalam ni, terus nampak orang beratur nak jumpa dengan Mickey. Kami pun terus masuk dalam queue untuk menunggu giliran.
 Bukan main seronok lagi dapat ambil gambar dengan Mickey dan Minnie.
Opps, sorry... muka abah kena crop :)
Selain Mickey dan Minnie, boleh juga jumpa watak dalam filem Toy story. Tapi dah malas nak masuk barisan, so curi snap gambar dari jauh jer :)
Memang tak sah kalau tak singgah Toy Story Land. Tak naik pun ride kat sana sebab queue yang agak panjang. So hanya snap gambar anak-anak di tempat menarik :)
Lepas tu terus nampak Studio Tram Tour. Antara tempat yang saya memang nak masuk dan ramai yang review kata best. So, terus beratur menunggu giliran :)
Kami dibawa menaiki train ni untuk mengembara tentang cara-cara filem dihasilkan dari A ke Z.
Dengan kata lain, kami dibawa menjelajah penceritaan di belakang tabir apa yang berlaku dalam menghasilkan sesuatu filem bermula dari pembuatan skrip hinggalah kesan sampingan dalam movie.

Yang menariknya, kami juga turut merasa effect yang diecritakan - macam dalam pic kat bawah ni, tetiba jer air datang dan train kami mmg bergoyang-goyang :)
Nasib baik seat saya jauh dari air tu... kalau tak, memang basah :)
Lepas merasa kesan air, kami melalui effect kesan api pula. Memang terasa bahang panas tu. Tapi tu la, tu baru api atas dunia... entah panas mana bahang api neraka nanti, Nauzubillah!

Selesai mengembara di alam filem, kami nampak ramai yang dah menunggu untuk Disney Parade. So, tanpa membuang masa, kami juga terus mencari port yang strategik untuk menyaksikan perarakan watak2 Disney di depan mata :)

Perarakan diterajui oleh Goofy
Daisy dan donald duck :)

Snow White

Marry Poppins??

Monster - terkejut dia bila tgk ada geng cilik :)

Ratatouille

Perarakan di akhiri oleh Mickey dan Minnie. Ramai anak-anak yang menjerit memanggil nama Mickey dan Minnie. Memang ramai betul peminat Mickey dan Minnie ni. Rasanya tak ada orang yang tak kenal dengan Mickey dan Minnie, betul tak?

Bersambung...


NuKilaN:
 

17 comments:

  1. kagumla.. sempat nur ambil gambar banyak macam ni ...seronok tgk kemudian, kan?

    kalau saya tengah berseronok mmg selalu lupa, kalau ingat dan sempat pun sekeping dua.. mmg pemalas tul..

    ReplyDelete
  2. Meriah betul perarakan tuh kan..agaknya tiap2 hari mesti diorang buat perarakan begitu untk pengunjung yek tak..btw, rsnya2 mungkin yg masuk dlm minnie tuh laki..heheh, terpikir lak..:)

    ReplyDelete
  3. Wah bestnye. Bila la nak sampai. Nur bercuti brp lama??

    ReplyDelete
  4. bestnye k.nur.. tetiba teringin nak travel ke europe sana ewahhh

    ReplyDelete
  5. Salam nur......kita yg tua pun seronok layan watak2 disney ni apatah lag budak2......hehe

    ReplyDelete
  6. mickey & Minnie nie mmg lead characters Disney. Mickey ni kiranya character kedua created by Walt Disney lps dia lost right on oswald the rabbit, first creation dia dulu. Pasai tu kat Disneyland mickey paling glemer hehee...

    ReplyDelete
  7. Aisy: kami bergilir ambil gambar.... lepas ummi, abah pula yg snap gambar... Hehehe, dah memang minat bergambar, tu yg bukan main banyak snap gambar :)

    ummuaidan: Yup, mmg perarakan tu hari hari... psst, bukan dalam Minnie lelaki, tapi dalam Mickey yang perempuan.... tgk la tangan Mickey yang bukan main slim lagi, mmg tangan perempuan.. hehhe, saya curi dengar Mickey cakap dgn pembantunya, tu yg pecah rahsia :)

    Ibu Lala: Insya Allah, ada la peluang tu.. yg ni kami pergi bulan lepas, tiga hari dua malam... tapi baru skrang nak buat laporan sikit2 :)

    Haza: Ewah, niat dah ada tu.... lepas ni sampai la tu :)

    ReplyDelete
  8. TJ: Tu la, saya pun bila tgk balik gambar, rasa nak ke sana lgi sekali... hehhe, jom kita gi sama2 pulak :)

    Kak ros: Betul sangat tu.. masa kecil2 mmg suka sgt dengan Mickey and Minnie ni... sampai dah jadi mak budak pun masih suka lagi tgk program mickey and Minnie :)

    LL: Wah, nice info.... thank you for sharing... hehehe, saya mmg buta sejarah sikit... mmg depa ni glamer sgt kat sana.. tak putus2 budak2 duk jerit.. Mickey mickey... yg best nyer, seronok tgk Mickey and Minnie duk melayan karenah anak-anak dan peminat cilik mereka :)

    ReplyDelete
  9. woooowww seronok. Macam berada di alam kartun. Memang pun kan. huhu

    ReplyDelete
  10. hahahaha, bukan setakat ada alam kartun, rasa nak jadi budak2 balik pun ada.. ngee :)

    ReplyDelete
  11. Bestnya kak Nur! Parade ni yg izu nanti2 kan nak tau cerita dr kak Nur! Hihi mmg Mickey n Mouse ada tarikan yg kuat kan ..bkn kids je minat, mak ayah pon minat juge hihi

    ReplyDelete
  12. OOoo, apsal tak cakap... nasib baik letak, ingat nak skip part ni... tu pun bukan semua sekali.... banyak lagi yang tak letak sbb tak tahu nak letak nama... hihihi :)

    ReplyDelete
  13. bertuahnya dapat pg tempat mcm ni... mesti seronokkan.. sy tgk pun teruja..

    ReplyDelete
  14. NK: Anak2 la yag palin seronok :)

    Masya: Alhamdulillah, rezeki mereka :)

    ReplyDelete
  15. seronoknya..nurbijen duk oversea upanya...patut view nya lain mcm..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails