Monday, April 22, 2013

Minggu Teddy Bear

Semester ni, kelas Aisyah akan belajar tema berkaitan dengan Teddy Bear. Setiap semester, kelas Aisyah akan mempunyai tema yang berbeza. Kalau tak silap semester lepas berkaitan dengan Party.

Jumaat lepas, dapat surat dari cikgu yang kena bawa teddy bear ke kelas pada hari ni. Bukan main eksaited Aisyah bila tahu boleh bawa teddy bear ke sekolah. Hujung minggu pun dia asyik tanya,"when is Monday?". Entah berapa kali saya kena jawap soalan yang sama.

Bukan setakat bawa teddy bear, tapi kena beri nama kat teddy dan berbincang personaliti teddy tu. Nanti kena cerita masa kat sekolah. Dari situ kot mereka belajar new vocabulary berkaitan teddy bear. Rasa macam saya pun nak tunggu dalam kelas tgk apa mereka buat dgn teddy bear tu :)

Hari ni pula, pagi-pagi lagi dia dah bangkit. Biasanya pukul lapan baru saya kejut anak-anak bersiap untuk ke sekolah, tapi hari ni pukul 6.40 pagi dia dah bangun. Siap tanya saya, kenapa tak kejut dia dari tidur? (lagipun skrang pukul 6.40 pagi dah terang benderang). Nasib baik dia puas hati bila saya kata masih terlalu awal :)

Tepat pukul 8.00 baru anak-anak mula bersiap ke sekolah dan kamai bertolak awal sikit, 10 minit sebelum gate buka. Masa jalan ke sekolah, Aisyah ternampak kawan sekelasnya yang tidak bawa teddy. Masa tu dia dah mula resah dan sorok teddy bear tu belakang stroller Danish. Tapi muka dia kembali ceria bila tgk kawan2 sedang beratur utk masuk kelas sedang memegang teddy bear :)
Saya parking stroller danish dan snap gambar :)

Aisyah terus meluru masuk ke kelas

Tapi sempat lagi posing dgn bebear nya
Masa ni muka dah ceria :)
Balik sekolah nanti, mesti lagi banyak cerita keluar dari mulut Aisyah :)

NuKilaN:

27 comments:

  1. bestnya, g skolah leh bawa teddy bear

    ReplyDelete
  2. Besaaaarrnya bebear aisyah :D

    Seronok bila anak2 semangat nak pi sekolah. Bangun pun terlebih awal excited punya pasal. Erkk....apa agaknya yea nama bebear aisyah?

    P/s: kalau nurin tiap satu bearnya mmg ada nama hehee...

    ReplyDelete
  3. kak tini: cikgu yg suruh bawak :)

    LL: Macam lain pula bila panggil kakak dgn nama Nurin... hehehe, Aisyah letak nama Jane, bukan bebear melayu tu... hihihi

    ReplyDelete
  4. wah..omputih ni ada tema tema lagi..beh nyer...

    ReplyDelete
  5. sbb tu la budak2 suka sgt gi sekolah... byk main dari belajar, eh saloh... play and learn, kena dgn jiwa budak2 :)

    ReplyDelete
  6. wahh besarnya teddy bear Aisyah, jenuh gak nak pikul ker sekolah tu yer, hahaha patut la kena sorok belakang stroller.

    Menarik kan program diorang kat sekolah, memang kena dengan jiwa anak2, takder la all serious strict belajar belajar hafal buku semata.

    ReplyDelete
  7. Hehe besarnya teddy bear Aisyah!! Sy pon geram tgk. Neay bestkan xtvt class sekolah kt UK ni, kreatif2! Ank2 izu pon pandai bagi nama kt teddy2 derg. Satu pinky berry, satu lagi purply apa tah..haha ummi pon lupe

    ReplyDelete
  8. bestkan ada program camni, budak2 tak jemu kesekolah...sesuai ngn usia dorang banyak main ..bawak bear lagi, tak membosankan budak2..

    ReplyDelete
  9. alahai bestnya persekitaran belajar yg macam ni... teringat saya pada bear besar yang pernah ada dulu

    ReplyDelete
  10. besarnye teddy bear aisyah... best ye ade aktiviti untuk anak2 kat sekolah..

    ReplyDelete
  11. wah~ seronok dia dpt bawa teddy bear ke sekolah.

    ReplyDelete
  12. Mmg menarik kaedah pembelajaran d sana...

    ReplyDelete
  13. Nastyna: Tu jer satu2 teddy yg dia ada.. so angkut juga lah walau besar gedabak... Yup, mmg mereka lebih belajar secara santai, langsung tak stress... psst, mak dia pun relax sbb tak perlu nak check homework setiap hari :)

    Izu; Tiap2 kali anak2 kata ada aktiviti, kita sbb mak ni pun turut rasa eksaited sama.. apatah lagi budak2 tu... hihihi, pandai diaorg bagi nama... saya pun berapa kali juga tanya nama bebear tu baru boleh ingat :)

    BUNDA: MMg mcm2 aktiviti anak2 dalam kelas... sbb tu mereka suka ke sekolah dari cuti :)

    Aisy: Betul tu.. tak de la mengadap buku jer memanjang... saya masa kecik2 mmg xde bear, tu yg lepas geram beli yg besar terus utk Aisyah... hihihi

    ReplyDelete
  14. Kak Yati: Hehhee, suka sgt boleh bawa Jane ke sekolah :)

    Haza: bebear tu sama besar dgn danish... mmg mcm2 aktiviti yg sekolah buat..tu yg best :)

    Fadilah: Kita tgk budak2 pun happy jer duk dukung bear masing2.. comel jer tgk :)

    Lia: Ha ah, mmg jauh beza dgn sistem kita, budak2 pun really enjoy the learning process :)

    ReplyDelete
  15. Kreatifkan sekolah kat sana Bijen....budak budak pun jadi seronok nk gi sekolah

    ReplyDelete
  16. eee...besaunya bear aisyah..that's why dia sungguh excted nak pi skolah ..nak bwk big teddy bear..heheh..mmg fun jgklah school cam nie kan..

    ReplyDelete
  17. salam nur.....hahaha!!!!teddy bear nak besar dgn tuan dia dah. btw best kan sistem pendidikan dorg. full of fun tak mcm kat msia, bukan sj budak tension, cikgu pun tension....itu yg selalu je ada konflik.

    ReplyDelete
  18. Best nya setiap sem ada tema ye budak2 ni.. depa nak belajar pun semangat..mesti banyak cerita Aisyah ttg teddy dia tu kan?...:)

    ReplyDelete
  19. OKje: Tu la, kadang2 mak budak pun rasa nak join sekali :)

    ummuaidan: Aisyah dia memang selalu eksaited bila sekolah dia ada event... mmg asyik countdown jer hingga sampai event tu :)

    Kak ros: Ha ah, betul sgt tu.. kita lebih mengejar bilangan A.. tu yg tension jer memanjang... kesian budak2, kan?

    Atie: Ha ah, mmg non stop stories dia... nampak simple jer cara belajar, tapi memberi impak yg besar pada budak2 :)

    ReplyDelete
  20. Bestnya xtvt sek depa...mmg menarik!

    ReplyDelete
  21. Mmg best.. pengalaman baru utk anak2 :)

    ReplyDelete
  22. bestnya..kreatif la ckg ni..tengok Aisyah excited ...nanti dia balik mesti citer kat ummi dia kan hehe

    ReplyDelete
  23. Tu yang bagus bila tak terikat dgn exam sgt.. macam2 aktiviti cikgu boleh buat :)
    Mmg dia suka sgt bercerita :)

    ReplyDelete
  24. Besarnya teddy bear dia :) seronok pergi sekolah bawa mainan.

    ReplyDelete
  25. kebetulan terbeli yang besar masa krismas hari tu... nasib baik dia nak angkut jugak walaupun besar gedabak... ekekkeke

    ReplyDelete
  26. seronok je nmpk aisyah dgn teddy bear tu!:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails