Wednesday, August 6, 2014

WW ::: Bradford Moor

Ahad lepas...
Bawa anak-anak menikmati keindahan alam sekitar...
Masya Allah, sangat cantik tempat ni..









NuKilaN:
 

Tuesday, August 5, 2014

Habis dituai

Raya tahun lepas, kami sempat pergi picking blackcurrant di raya yang pertama.
Saya pernah post pasal blackcurrant yg mula berbuah dalam entry "Currant".
Sempat snap gambar blackcurrant yg masih hijau...
Beria kami bawa supik (beg plastik) utk isi blackcurrant.
Tapi malangnya, sikit sgt buah blackcurrant yang masih tinggal.
Ada la beberapa biji yang berbaki.
Kesian pulak kat anak2.
Tak sangka cepat boleh habis.
Mungkin sbb tahun ni pihak universiti ada letak nama pokok buah2 kat sekitar uni.

Tapi kekecewaan anak-anak terubat bila dapat petik dua buah ni...
Tak sangka, ada juga buah raspberry di taman uni...
Juga buah blueberries...
Petik dan terus makan... nyum nyum!

NuKilaN:
 

I love you soooo much!

Kelmarin saya ajar Danish sebut, "I love you so much!".
Dalam pelat dia, Danish asyik la duk sebut "I love you cooo much...."
Mak mak ni kan, mmg selalu rasa anak dia cute aje kan.
Memang rasa comel dia bila dia asyik2 duk ulang, ulang dan ulang.

Tapi tak sangka, bila dia buat benda yg saya marah, cepat-cepat dia tgk kat mata saya.
Nampak jer muka saya yg dah nak marah, cepat2 dia kata, "Ummi, I love you cooo much!"
Hahaha, nak tergelak pun ada.
Sah-sah tak jadi nak marah bila tengok muka dia yg comel tu.
Tak sangka, dia gunakanan "I love you so much" tu sebagai perisai tak nak bagi saya marah.

Ni muka sedih bukan sebab kena marah kat saya...
Tapi sedih sebab nak ikut abang dan kakak pegi mengaji.
Beria nak ikut mengaji sama dengan abang dan kakak.
Kesian pulak bila dia duk muncung lagu tu... huhuhu
Related Posts with Thumbnails