Saturday, August 9, 2014

9 tahun

Hari ni genap sembilan tahun saya bergelar ummi. 
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 9 buat Irfan.

Perlukah boikot Facebook?

Bila baca artikel ni dari facebook Irfan Khairi, saya rasa nak kongsi kat blog sendiri. Jawapan yang saya cari yang ditulis dalam bentuk yang mudah difahami.


PERLUKAH BOIKOT FACEBOOK?

Bertahun-tahun saya menjalankan perniagaan melalui Internet, dan membantu beratus ribu usahawan Internet, memang diakui menggunakan Facebook dapat membina jenama perniagaan dengan mudah dan murah terutamannya untuk usahawan-usahwan baru.

Soalan yang kini mula timbul adalah, adakah kita perlu boikot Facebook?

Dalam kemelut peperangan Zionis laknatullah dan Gaza, pelbagai isu berbangkit di Media Sosial. Pelbagai juga kemarahan yang melanda dikalangan pengguna Media Sosial terutamanya melibat kan isu boikot syarikat-syarikat yang membantu Zionis.

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu tahu dan bezakan terlebih dahulu beberapa persoalan yang mungkin ramai terkeliru.

Apakah maksud Yahudi? Adakah sama dengan Zionis? Apakah itu Israel? Adakah Mark Zuckerberg Yahudi Zionis Israel?

1. Israel adalah negara di mana ramai Yahudi menetap di situ. Yang ni paling mudah untuk faham.

2. Yahudi adalah agama. Sama seperti Islam, Kristian, Hindu, Budha dan lain-lain.

3. Zionis adalah pergerakan dan ideologi yang dimulakan oleh Theodor Herzl- seorang Yahudi. Israel dibina oleh kerajaan Zionis, yang antara matlamatnya adalah mengambil alih Palestine seperti yang apa terjadi kini.

Tidak semua Yahudi menyokong Zionis. Tetapi tidak kurang juga yang menyokong Zionis.

Adakah semua Yahudi jahat dan tidak berperikemanusiaan? Jawapannya TIDAK. Tak kira lah agama, pastinya ada pengganut yang baik dan ada yang tidak baik. Ada yang mengikut hukum agama, ada yang melanggar.

Adakah semua Zionis jahat dan tidak berperikemanusiaan? Jawapannya adalah YA. Kerana Zionis adalah pergerakan/ idiologi dan kerajaan yang diciptakan oleh manusia yang kini terlibat secara langsung membunuh kanak-kanak dan rakyat Palestine.

Jadi, perlukah kita boikot semua produk Yahudi?

Teringat ustaz saya pesan, Rasulullah SAW pernah berurusan berniaga dengan kaum Yahudi, di mana baginda menggadaikan baju besinya dengan seorang Yahudi untuk mendapatkan gandum untuk dirinya dan keluarga. Hadis riwayat Imam Bukhari.

Berurusan dan berdagang dengan Yahudi tidak salah.

TETAPI, berurusan dengan kerajaan Zionis, atau yang menyokong pergerakan Zionis, itu yang salah.

Berbalik kepada Facebook. Yang diciptakan oleh seorang Yahudi- Mark Zuckerberg. Beberapa pemegang saham Facebook juga adalah orang Yahudi.

Adakah Facebook milik Zionis atau membantu Zionis? Buat masa ini tiada bukti ke arah itu. Wallahualam.

Tetapi, terlajak sebut tentang Facebook, apa kata kita sebut tentang Google pula. Juga antara pemilik dan penciptanya adalah Sergey Brin dan Larry Page yang merupakan individu Yahudi. Pemegang saham Google juga ada yang beragama Yahudi.

Adakah Google milik Zionis atau membantu Zionis? Buat masa ini tiada bukti ke arah itu. Wallahualam.

Jadi, perlukah kita boikot Facebook dan Google? Bagi saya tidak.

Tak salah menggunakan Facebook, berurusan di Facebook, dan berniaga di Facebook.

Terdapat banyak produk dan perkhidmatan yang dihasilkan dan dimiliki oleh orang Yahudi. Senarainya mungkin terlalu panjang.

Manakala, produk dan perkhidmatan yang dimiliki Zionis atau menyokong Zionis, boleh disenaraikan. Dan inilah yang digunakan oleh mereka yang ingin boikot.

Kini, sememangnya ramai yang melaungkan boikot untuk sesetengah perniagaan yang membantu/menyokong Zionis. Artikel saya kali ini sekadar menjelaskan perbezaan Yahudi dan Zionis, supaya yang ingin boikot, boleh boikot dengan lebih tepat. Yang tak boikot, tiada siapa boleh paksa.

Suka saya sebut kembali, bagi yang 100% boikot produk-produk menyokong Zionis, sebaiknya bila nak sampaikan mesej boikot tu biarlah berlapis, nasihat secara baik dan tidak menyakitkan hati. Sebab takut nanti mesej tidak sampai, dan mengundangkan kemarahan.

Bagi yang tidak boikot 100% pula, boleh cuba apa yang termampu untuk kurangkan penggunaan. Kalau taknak boikot pun, tiada siapa boleh paksa. Mungkin membantu Palestine dengan cara lain seperti menderma kan? Tak siapa tahu bila menderma.

So, nobody should judge others. Mana tahu, orang tu tak laung-laungkan boikot, tetapi dia derma berpuluh, beratus atau beribu ringgit kepada Gaza kan? Entah-entah lebih banyak daripada kita derma.

Kalau tak mampu boikot, tak mampu derma, InsyaAllah mampu berdoa untuk saudara seIslam kita di Gaza sana. Mudahan penderitaan dan penindasan keatas mereka akan terhenti.

Jangan sebab niat nak hentikan perang kat Gaza sana, kita kat Facebook sini lak "perang" sesama Islam. Wallahualam.

-Irfan Khairi, Kuala Lumpur

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah..."

Boikot perlu ilmu, jangan membabi buta.
Boikotlah dengan akal, bukan dengan emosi.
Boikotlah dengan apa yang kita mampu.
Yang lagi penting, siapalah kita utk menilai orang lain. 
Kita tak tahu apa yg orang dah buat utk membantu palestin.
Dan apa yg kita dah buat, hanya Allah saja yg tahu.
Tak perlu nak canang satu dunia...

NuKilaN:
 

Thursday, August 7, 2014

Resepi nasi kerabu mudah versi perantau

Sebelum ni, saya rasa macam rumit jer nak masak nasi kerabu. Rasa mcm banyak benda jer nak kena buat. Kena rebus ikan, lepas tu asingkan isi dan tulang, kena goreng kelapa, dan mcm2 lagi la. Masa kat M'sia, memang tak pernah rasa pun nak cuba masak nasi kerabu sebab dah set dalam kepala, SUSAH dan RUMIT! Lagi pun, kalau nak makan memang senang jer nak cari nasi kerabu yg sedap2 sekitar rumah.

Tapi bila dah kena lontar kat negara orang ni, mesti lah rindu nak makan nasi kerabu. Sah-sah tak de orang yang jual nasi kerabu kat kedai. Nak tak nak, saya cuba juga belajar masak nasi kerabu. Haa, persepsi saya pun dah mula berubah. Bukan susah pun nak masak nasi kerabu. Lagi-lagi, kat sini banyak gantikan dengan bahan-bahan yang segera. Ikan ganti dengan ikan salmon dalam tin, kelapa pula guna yg jenis "dessicated coconut" dan santan juga guna yg segera dalam tin. Kelentang kelentung kat dapur, satu jam nasi kerabu dah sedia terhidang :)

Dah lama sebenarnya nak share resepi nasi kerabu kat sini. Walau dah berkali kali cuba masak, hari ni baru rasa confident nak kongsi kat blog sendiri. Hasil try and error, kena la dengan tekak kami sekeluarga. Open house raya kali ni pun saya cuma hidangkan nasi kerabu. Seronok tengok tetamu makan bertambah. Sambal tumis dan sambal ikan pun licin hingga ke titisan terakhir. Senang nak cuci pinggan mangkuk lepas habis majlis :)

Berbalik pada nasi kerabu. Bagi saya, bahan utama yg wajib utk nasi kerabu adalah sambal ikan dan sambal tumis. Sambal tumis seeloknya sediakkan lebih awal. Nak makan utk sarapan pagi, lagi sedap kalau kita buat sebelah malam. Sambal tumis ni, lagi kita perangat lagi la bertambah sedap :)

Resepi asal saya rujuk Nasi Kerabu Kelantan yan terlajar sedap dari AzieKitchen. Dari situ saya sesuaikan dgn bahan-bahan yg ada kat sini.

Mula-mula kita tgk cara nak buat sambal tumis...
Bahan-bahan utk sambal tumis:
#1 biji bawang holland
#1 biji bawang merah besar
#4-5 ulas bawang putih
#1/2 inci halia
1-2 sudu besar serbuk cili
1 cawan air
1 tin santan (400 ml)
2 - 3 batang serai (serai kat sini mahal, jadi saya guna dua batang jer)
2 keping asam keping
1/2 kerek nise (gula melaka)
1-2 sudu besar gula*
2 sudu kecil garam *
2 sudu besar budu (saya gantikan dengan sos ikan)
Minyak masak utk menumis (dlm 1/2 cawan)
* adalah kuantiti anggaran 

Cara nak buat sambal tumis...
1. Potong kecil2 bahan bertanda # dan masukkan dalam chopper berserta dgn serbuk cili.
2. Kisarkan sehingga halus.
3. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air. Lepas tu masukkan santan dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan serai, asam keping. Bila mendidih, masukkan sos ikan, gula melaka, gula dan garam. Kacau hingga pecah minyak dan kepekatan yg dikehendaki. Kalau terlalu pekat, boleh tambahkan air.
5. Bila rasa dah cukup, tutupkan api. Siap!

Bak kata kak Azie, kuah sambal tumis ni biarkan sedikit masin.

Ni pula bahan-bahan utk buat sambal ikan....
Bahan-bahan:
1 tin pink salmon
2 cawan dessicated coconut ( saya guna yg jenis "Fine")
*1/2 atau 1 biji bawang holland (bergantung pd saiz bawang dan kuantiti kelapa)
*2 batang serai
*2 sudu besar gula
*2 sudu kecil garam
*1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara nak buat sambal ikan...
1. Mula-mula sagai kelapa hingga keperang-perangan (jangan sampai hitam pulak). Hingga warna mcm gambar la lebih kurang. Ketepikan -Bahan A
2. Asingkan kulit dan tulang ikan. Lenyekkan isi ikan. Ketepikan - Bahan B
3. Masukkan semua bahan bertanda ke dalam chopper. Kisar hingga lumat - Bahan C
4. Gaulkan bahan-bahan A, B dan C hingga sebati dan sesuaikan rasa. Siap!

Kata kak Azie lagi, sambal ikan ni kena manis sikit.

Utk masak nasi pula...
Basuh beras dan masukkan air seperti biasa. Saya letakkan sedikit pewarna biru (boleh juga guna kunyit), sedikit garam dan sebatang serai yg dititik. Masaklah nasi seperti biasa.

Selain tu, saya juga sediakan sambal merah utk mereka yg suka pedas.
Saya blend cili merah, cili padi, garam, gula, sedikit air dan sedikit jus lemon.

Boleh la hidangkan dengan ayam bakar/ayam goreng, takde keropok jadi saya ganti dgn ikan bilis, timun yang dipotong panjang. Tapi kalau pekena dengan daging/kambing bakar lagi la terangkat. Disebabkan anak-anak tak suka makan taugeh dan kacang panjang, jadi saya cuma gantikan dengan lettuce. Sedap juga makan nasi kerabu dengan lettuce rupanya :)


Tiada dalam gambar nasi dan sambal cili. Gambar ni yang dah lama, yg gambar terkini masa open house tak sempat nak snap. Macam biasa, selalu lupa nak snap gambar makanan bila buat majlis makan-makan.
Related Posts with Thumbnails