Saturday, August 9, 2014

Perlukah boikot Facebook?

Bila baca artikel ni dari facebook Irfan Khairi, saya rasa nak kongsi kat blog sendiri. Jawapan yang saya cari yang ditulis dalam bentuk yang mudah difahami.


PERLUKAH BOIKOT FACEBOOK?

Bertahun-tahun saya menjalankan perniagaan melalui Internet, dan membantu beratus ribu usahawan Internet, memang diakui menggunakan Facebook dapat membina jenama perniagaan dengan mudah dan murah terutamannya untuk usahawan-usahwan baru.

Soalan yang kini mula timbul adalah, adakah kita perlu boikot Facebook?

Dalam kemelut peperangan Zionis laknatullah dan Gaza, pelbagai isu berbangkit di Media Sosial. Pelbagai juga kemarahan yang melanda dikalangan pengguna Media Sosial terutamanya melibat kan isu boikot syarikat-syarikat yang membantu Zionis.

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu tahu dan bezakan terlebih dahulu beberapa persoalan yang mungkin ramai terkeliru.

Apakah maksud Yahudi? Adakah sama dengan Zionis? Apakah itu Israel? Adakah Mark Zuckerberg Yahudi Zionis Israel?

1. Israel adalah negara di mana ramai Yahudi menetap di situ. Yang ni paling mudah untuk faham.

2. Yahudi adalah agama. Sama seperti Islam, Kristian, Hindu, Budha dan lain-lain.

3. Zionis adalah pergerakan dan ideologi yang dimulakan oleh Theodor Herzl- seorang Yahudi. Israel dibina oleh kerajaan Zionis, yang antara matlamatnya adalah mengambil alih Palestine seperti yang apa terjadi kini.

Tidak semua Yahudi menyokong Zionis. Tetapi tidak kurang juga yang menyokong Zionis.

Adakah semua Yahudi jahat dan tidak berperikemanusiaan? Jawapannya TIDAK. Tak kira lah agama, pastinya ada pengganut yang baik dan ada yang tidak baik. Ada yang mengikut hukum agama, ada yang melanggar.

Adakah semua Zionis jahat dan tidak berperikemanusiaan? Jawapannya adalah YA. Kerana Zionis adalah pergerakan/ idiologi dan kerajaan yang diciptakan oleh manusia yang kini terlibat secara langsung membunuh kanak-kanak dan rakyat Palestine.

Jadi, perlukah kita boikot semua produk Yahudi?

Teringat ustaz saya pesan, Rasulullah SAW pernah berurusan berniaga dengan kaum Yahudi, di mana baginda menggadaikan baju besinya dengan seorang Yahudi untuk mendapatkan gandum untuk dirinya dan keluarga. Hadis riwayat Imam Bukhari.

Berurusan dan berdagang dengan Yahudi tidak salah.

TETAPI, berurusan dengan kerajaan Zionis, atau yang menyokong pergerakan Zionis, itu yang salah.

Berbalik kepada Facebook. Yang diciptakan oleh seorang Yahudi- Mark Zuckerberg. Beberapa pemegang saham Facebook juga adalah orang Yahudi.

Adakah Facebook milik Zionis atau membantu Zionis? Buat masa ini tiada bukti ke arah itu. Wallahualam.

Tetapi, terlajak sebut tentang Facebook, apa kata kita sebut tentang Google pula. Juga antara pemilik dan penciptanya adalah Sergey Brin dan Larry Page yang merupakan individu Yahudi. Pemegang saham Google juga ada yang beragama Yahudi.

Adakah Google milik Zionis atau membantu Zionis? Buat masa ini tiada bukti ke arah itu. Wallahualam.

Jadi, perlukah kita boikot Facebook dan Google? Bagi saya tidak.

Tak salah menggunakan Facebook, berurusan di Facebook, dan berniaga di Facebook.

Terdapat banyak produk dan perkhidmatan yang dihasilkan dan dimiliki oleh orang Yahudi. Senarainya mungkin terlalu panjang.

Manakala, produk dan perkhidmatan yang dimiliki Zionis atau menyokong Zionis, boleh disenaraikan. Dan inilah yang digunakan oleh mereka yang ingin boikot.

Kini, sememangnya ramai yang melaungkan boikot untuk sesetengah perniagaan yang membantu/menyokong Zionis. Artikel saya kali ini sekadar menjelaskan perbezaan Yahudi dan Zionis, supaya yang ingin boikot, boleh boikot dengan lebih tepat. Yang tak boikot, tiada siapa boleh paksa.

Suka saya sebut kembali, bagi yang 100% boikot produk-produk menyokong Zionis, sebaiknya bila nak sampaikan mesej boikot tu biarlah berlapis, nasihat secara baik dan tidak menyakitkan hati. Sebab takut nanti mesej tidak sampai, dan mengundangkan kemarahan.

Bagi yang tidak boikot 100% pula, boleh cuba apa yang termampu untuk kurangkan penggunaan. Kalau taknak boikot pun, tiada siapa boleh paksa. Mungkin membantu Palestine dengan cara lain seperti menderma kan? Tak siapa tahu bila menderma.

So, nobody should judge others. Mana tahu, orang tu tak laung-laungkan boikot, tetapi dia derma berpuluh, beratus atau beribu ringgit kepada Gaza kan? Entah-entah lebih banyak daripada kita derma.

Kalau tak mampu boikot, tak mampu derma, InsyaAllah mampu berdoa untuk saudara seIslam kita di Gaza sana. Mudahan penderitaan dan penindasan keatas mereka akan terhenti.

Jangan sebab niat nak hentikan perang kat Gaza sana, kita kat Facebook sini lak "perang" sesama Islam. Wallahualam.

-Irfan Khairi, Kuala Lumpur

Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah..."

Boikot perlu ilmu, jangan membabi buta.
Boikotlah dengan akal, bukan dengan emosi.
Boikotlah dengan apa yang kita mampu.
Yang lagi penting, siapalah kita utk menilai orang lain. 
Kita tak tahu apa yg orang dah buat utk membantu palestin.
Dan apa yg kita dah buat, hanya Allah saja yg tahu.
Tak perlu nak canang satu dunia...

NuKilaN:
 

8 comments:

  1. akak setuju..

    Boikot perlu ilmu, jangan membabi buta.
    Boikotlah dengan akal, bukan dengan emosi.
    Boikotlah dengan apa yang kita mampu.
    Yang lagi penting, siapalah kita utk menilai orang lain.
    Kita tak tahu apa yg orang dah buat utk membantu palestin.
    Dan apa yg kita dah buat, hanya Allah saja yg tahu.
    Tak perlu nak canang satu dunia...

    ReplyDelete
  2. Well said fron Irfan Khairi..yang penting niat kita baik kan. Tq for sharing, kak Nur!

    ReplyDelete
  3. mostly geng yahudi ni pegang semua dalam dunia ni
    setakat boikot tu diorang tak heran
    tapi kita tetap kena usaha kan
    boikot cara bijaksana :)

    ReplyDelete
  4. ini isue sensitif jugak la, sebab kang nak tegur atau nak cerita kang..orang salah anggap pulak. apapun, artikel ni bagus, moga dapat buka mata sestengah orang yang protes membuta tuli jer. Like me especially kat sini perkara berkenaan israel ni sangat sensitif, not only that, some of our close friends pun Jewish, dorang sendiri tak suka dengan apa yang jadi kat gaza tu tapi tu la... orang kita ni dari belum celik mata dah disuap dengan anti-yahudi kan.

    ReplyDelete
  5. Susah nak kata. Yahudi ni memang hampir semua ekonomi dipegangnya. Kalau nak boikot pun, biarlah kena pada caranya. Memboikot membuta tuli pun kita yang rugi. Apa yang kita dah buat memang tak perlulah nak dicanang seluruh dunia. Betul tu!

    ReplyDelete
  6. btul tuh...nk boikot perlu ade ilmu..x semua yahudi tuh sokong zionis...

    ReplyDelete
  7. Setuju.... jika perlu boikot.... selidik, check and balance....jangan hanya mengikut ajos hehe

    ReplyDelete
  8. Setuju sgt... jangan ingat org yg tak memboikot tak buat apa2... kita takkan tahu mungkin sumbangannya melebihi apa yg tidak diboikot...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails