Monday, March 2, 2015

Maskot Cbeebies

Sebenarnya sebelum bertolak ke London, kami singgah dulu di Alton Towers.
Tak sangka Alton Towers buka selama seminggu sempena February Half Term.
Tapi tak semua ride dibuka.
Ingatkan dapat nak ride yang kami tak pernah naik sebelum ni.
Malangkan ride tersebut tak beroperasi pulak.

Selain dari penutupan beberapa ride, transit dari car park ke main entrance juga cuma menggunkana bas.
Tiada perkhidmatan train yang digunakan.
Sebab tak ramai orang, mungkin agak rugi nak gunakan train kot.
Tapi perkhidmatan bas juga sgt efisyen.
Tak perlu nak beratur dan menunggu lama pun :)

Hari tu  boleh dikatakan kami spent banyak masa di Cbeebies Land.
Dapat juga anak-anak bergambar dengan maskot2 Cbeebies.
Mula-mula jumpa Octonauts...
Lepas tu jumpa pula dengan Mim Mim...
Bila Danish jumpa dengan statue Tom ni, dia yang request utk saya snap gambar ni...

Tak lama pun kat sana sebab cuaca sgt sejuk.
Lepas solat dan makan, terus bertolak ke London.

NuKilaN:
 

Sunrise

Masa kami bermalam di Cornwall, kebetulan caravan yang kami sewa betul- betul mengadap laut...
Jadi pagi2 boleh tgk matahari naik dari dalam caravan...
Cantik sgt...
Makin meninggi...
Sekejap jer dah terang benderang...
Subhanallah...


NuKilaN:
 

Sunday, March 1, 2015

Physiogel

Bila tengok entry semalam, baru perasan ada satu iklan pasal Physiogel.
Eh, macam familiar jer product ni... detik saya dalam hati.
Kebetulan masa buka belog, ada pula iklan ni duk menari-nari di side bar sebelah kanan.
Tu yang terus print screen...
Sepanjang kat UK ni, saya guna lotion jenama ni.
Sesuai untuk merawat masalah kulit kering.
Maklumlah cuaca kat UK ni yang sangat kering (walau dah telan air berliter liter).
Lagi lagi bila musim winter ni.
Tangan dah macam orang tua (Ya, sedar diri yang tukang tulis ni pun tak muda mana... huhuhu).
Silap hari bulan berdarah-darah... bila dah terlalu kering.
Muka tak yah cakap lah... menggelupas sana sini...
Untuk muka, saya guna lotion yg ni...


Untuk tangan dan kaki pula yang ni, guna yang lotion mcm kat iklan tu (sebelah kiri).
Malas pula nak snap gambar... huhuhu
Saya jarang letak lotion satu badan.
Tapi saya ni bukan jenis yang rajin sapu lotion.
Bila tgk tangan/muka yang kering baru terhegeh hegeh nak sapu lotion.

Actually sepupu saya (seorang doktor) yang suggest untuk gunakan lotion ni sebelum saya fly datang UK bulan Jan 2012 lepas.
Jadi bila doktor (doktor perubatan bukan doktor PhD) yang recommend product kira percaya lah nak guna.
Hah, sedar tak sedar dah tiga tahun pengguna setia.
Bila habis, terus order kat ebay.co.uk.

Bagi sesiapa yang ada masalah kulit kering, boleh cuba lotion ni.
Boleh request "trial pack" jugak dari website tu.
Jadi jangan malu, jangan segan nak klik iklan tu bila nampak dia sedang berlegar-legar :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails