Sunday, March 1, 2015

Physiogel

Bila tengok entry semalam, baru perasan ada satu iklan pasal Physiogel.
Eh, macam familiar jer product ni... detik saya dalam hati.
Kebetulan masa buka belog, ada pula iklan ni duk menari-nari di side bar sebelah kanan.
Tu yang terus print screen...
Sepanjang kat UK ni, saya guna lotion jenama ni.
Sesuai untuk merawat masalah kulit kering.
Maklumlah cuaca kat UK ni yang sangat kering (walau dah telan air berliter liter).
Lagi lagi bila musim winter ni.
Tangan dah macam orang tua (Ya, sedar diri yang tukang tulis ni pun tak muda mana... huhuhu).
Silap hari bulan berdarah-darah... bila dah terlalu kering.
Muka tak yah cakap lah... menggelupas sana sini...
Untuk muka, saya guna lotion yg ni...


Untuk tangan dan kaki pula yang ni, guna yang lotion mcm kat iklan tu (sebelah kiri).
Malas pula nak snap gambar... huhuhu
Saya jarang letak lotion satu badan.
Tapi saya ni bukan jenis yang rajin sapu lotion.
Bila tgk tangan/muka yang kering baru terhegeh hegeh nak sapu lotion.

Actually sepupu saya (seorang doktor) yang suggest untuk gunakan lotion ni sebelum saya fly datang UK bulan Jan 2012 lepas.
Jadi bila doktor (doktor perubatan bukan doktor PhD) yang recommend product kira percaya lah nak guna.
Hah, sedar tak sedar dah tiga tahun pengguna setia.
Bila habis, terus order kat ebay.co.uk.

Bagi sesiapa yang ada masalah kulit kering, boleh cuba lotion ni.
Boleh request "trial pack" jugak dari website tu.
Jadi jangan malu, jangan segan nak klik iklan tu bila nampak dia sedang berlegar-legar :)

NuKilaN:
 

5 comments:

  1. Ohh Kira jenama antarabangsalah ye.sy mmg sedia maklum malas nak sapu losyen semua.nasiblah kuat minum air kosong,kulit takda masalah la dengan cuaca Malaysia..pakai losyen sbb nak wangi je.hehe..

    ReplyDelete
  2. ala,akak ni lak jenis yg malas nak sapu losen kat tgn or badan..mmg kering la kulit..huhu

    ReplyDelete
  3. Akak ni pun kulit dah kecut Nur.. sebab malas nak menyapu losyen hehehe ;)

    ReplyDelete
  4. Ooo lain kali blh try jenama ni. Saya mmg jenis kuat mengelupas tangan jadi mmg pakai losen.. yang kini saya pakai jenama melaluca.. bagus juga..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails