Wednesday, March 11, 2015

WW ::: Aisyah's BFF

Dari kiri: Aufa, Arissa, Aisyah

Menonton movie sama-sama....

Amboi, bukan main manja lagi....

NuKilaN:
 

Tuesday, March 10, 2015

My First Leap Pad

Dulu dulu saya belikan set membaca ni buat Aisyah...
Ada beberapa buku untuk bantu Aisyah membaca...
Set console yang akan berbunyi bila kita sentuh guna pen yang disediakan...
Ada lima buku yang berlainan... Dalam gambar ada 6 sebab ada dua buku yg sama...
Setiap buku perlukan catridge yang berlainan....
Sekarang dah perturunkan set ni pada Danish...
Mula2 dia tak nak guna sebab kaler pink...
Tapi bila dia dah mula guna, Danish dah mula seronok.
Lagi-lagi kalau buku yang ada kaitan dengan apa yang dia belajar kat sekolah - macam nombor, alphabet dan juga shape.

Monday, March 9, 2015

Itinerary percutian

Hari ni nak share itinerary kami sepanjang bercuti di London dan Cornwal pada bulan lepas...
Mana tahu boleh dijadikan rujuk buat kawan2 yang nak ke Cornwall atau London.

Itinerary untuk tiga hari yang pertama di London...
Itinerary untuk dua hari terakhir di Cornwall...

Dah lupa saya download peta ni dari mana, tapi guide ni cukup untuk membantu saya membuat perancangan dari segi masa semasa bercuti di Kota London...
Saya mula belajar buat jadual macam ni bila join kawan2 masa ikut Europe Trip pada tahun lepas.
Disebabkan ramai yang terlibat, jadi salah seorang dari ahli rombongan kena sediakan jadual perjalanan bagi melancarkan percutian.
Dari situ saya mula apply dan sediakan jadual itinerary walaupun bercuti bersama keluarga.
Senang tau nak jalan2 bila kita dah buat perancangan rapi.
Lagi pun kat UK ni boleh buat penjimatan bila booking in advance.
Macam parking space dan juga tiket utk ke Stonehedge.

Ada lagi satu jadual yang saya akan sediakan bila bercuti - Jadual menu.
Yang tu share share dlm entry lain lah yer :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails