Friday, March 13, 2015

Bunga dah keluar

Hujung minggu lepas kami ke Lister Park lagi.
Dah keluar bunga-bunga spring....
Ni spring bulb katanya....
Ada kaler putih, purple dan kuning...
Aisyah kata dia paling suka yg kaler purple ni...
Ni pula tulip bulb yang baru tanam... 
Tak sabar nak bergambar dgn bunga tulip lagi... 
Kena pegi lagi lah bulan depan :)

Yg ni saya tak tahu bunga apa... 
Banyak juga ditanam kat taman bunga tu...

Aisyah memang hobinya panjat memanjat...
Tak pasti la dah officially masuk spring ke belum.
Sejuk masih mencekik...
Kat Bradford ni suhu masih below 10 degree...
Hantar anak2 ke sekolah pagi tadi pun ada kereta yang dipenuhi snow.
Apasal la snow tak singgah sini? Nampak tak puas hati di situ... huhuhu

Owh, hari ni anak2 ke sekolah tak pakai uniform.
Sempena Red Nose Day katanya.
Nanti lah upload cerita bila dah siap keje... Daa!

Hidangan isteri

Bacaan santai hari Jumaat...

Copy and paste dari group wassup....

Alkisah sebuah hidangan isteri…

Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?” 

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

Wahai anakku,
Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Jangan hidup dalam kekesalan. Hargailah segala yang dilakukan oleh orang-orang kesayangan kita, walaupun kadangkala kita tidak beberapa menyukainya. Mereka lakukan dengan kasih sayang, maka balaslah niat itu juga dengan kasih sayang dan kesyukuran bahawa ada yang masih sanggup melayan kita dengan baik. Ingatlah masa yang berlalu tidak akan berpatah balik.

Nota ummi,
Carilah kelebihan pasangan kita...
Kita cari yang positif, Insya Allah hasilnya selalu positif...
Letak kat blog buat ingatan diri...

Thursday, March 12, 2015

Kisah beg pink

Aisyah ada satu handbeg kaler pink.
Kalau mommies perasan, banyak gambar kami pegi jalan-jalan dia bawa beg tu.
And you know what, kat dalam beg tu mcm2 dia isi - yang paling byk barang make up (ummi mmg kalah part ni, nak pakai make up pun tak pandai - dia lagi advance).
Duit syiling tu ada lah sikit2.

Masa kami ke Chessington masa cuti sekolah yang lepas lepas lepas (nampak sgt cerita basi), Aisyah pernah kehilangan hangbeg pink dia.

Ni masa mula2 sampai... elok lagi posing dgn her pinky bag...
Kemudian kami main tembak menembak kat Temple of Mayhem ni...
Ralit sgt main tembak menembak agaknya, boleh dia letak hand bag kat tepi masa dia main tu.
Lepas tu dia lupa nak ambil semula.
Masa kami dah jalan-jalan ke tempat lain baru dia perasan yang hand bag nya hilang.
Masa tu dah agak jauh kami menapak.
Jadi memang malas nak patah balik and buang masa.

Aisyah nampak sangat sedih bila beg tu hilang.
Nampak nak nangis pun ya.
Saya pujuk Aisyah. "Kalau ada rezeki, dapat lah beg kakak tu semula. Kalau tak, kena redha aje lah yang beg tu dah hilang."

Aisyah jalan lenggang kangkung tanpa hand bag nya....
Saya ada juga ikhtiar tanya kat pejabat "Lost Properties".
Bila check dlm rekod, tak ada katanya.
Jadi isi ajelah borang just in case ada orang yang pulangkan lepas tu.

Lepas dah puas ronda2 dalam Chessington Park tu, lagi sekali kami singgah ke kawasan yang Aisyah hilang hand bag tu.
Saya mencuba nasib untuk bertanya pada staf yang bertugas.
Alhamdulillah, masih panjang jodoh Aisyah dengan beg pink dia tu.
Ada orang jumpa dan serahkan pada staf yang bertugas.

Jadi dapatlah Aisyah posing dgn hand bag pink dia lagi...
Lepas kejadian tu, saya perasan Aisyah dah jarang bawa beg pink dia tu.
Takut hilang lagi agaknya.

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails