Sunday, September 10, 2017

Kelas terakhir

Esok dah mula UPSR.

Hari ni Irfan ke sekolah lagi untuk persiapan terakhir.
Mesti penat sgt Irfan buat persiapan.
Jumaat Sabtu dah buat study group kat rumah kwn dia.
Hari ni kelas tambahan lg.

Kat media sosial, byk juga soalan2 ramalan yg cikgu dan parent kongsi.
Bikin hati mak pula yg nerbes.
Skrang baru faham perasaan mak mak bila anak2 nak exam.

Semoga Irfan dan kwn2 dapat buat yg terbaik dlm UPSR nanti.
Semoga Allah permudahkan.

___________________________________

*ANAK2 MENDUDUKI PEPERIKSAAN*

Kepada yang mempunyai anak/ adik beradik /cucu yg menduduki peperiksaan UPSR/ PT3/ SPM.

1. Allahumma
*Ya Alim Ya Hakim Ya Rosyid* 40x
"Ya Allah, alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anak kami agar dia dapat menjawab dengan baik"

2. Allahumma
*Ya Zohir* 40x
"Ya Allah, Engkau Maha Nampak, ilhamkan & nampakkan jawapan yang betul dalam minda anak kami"

3. Allahumma
*Ya Fatah* 40x
"Ya Allah, bukakanlah minda anak kami seluas langit dan bumi agar dia dapat menjawab soalan2 dengan betul"

4. Allahumma
*Ya Baari'* 40x
"Ya Allah, kami serahkan seluruh jiwa raga anak kami hanya kepadaMu utk Engkau uruskan dengan sebaik2nya sepanjang dia menghadapi exam ini.

Engkau aturkanlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanMu *Ya Haadi*.

Kami yaqin hanya dengan kkuasaanMu *KUN FAYAKUN* kami tiada daya Ya Allah"

Ulang dan ulang. Bayangkan ank2 sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk semasa hendak pergi ke sekolah. Kalau batal takpe, mak ayah beristighfar sepanjang exam ini juga.
___________________________________

Boleh juga mengamalkan BICARA HATI di bawah ini:

Mulakan dengan Umul Kitab *Al-Fatihah*..

"Allah  Allahurobbi
*Ya Rahman Ya Rahim* (Maha Pgasih & Pyayang)
*Ya Sami'* (Maha Mendengar) 
*Ya Mujib* (Maha Memakbulkan)
Ya Allah *Ya Zohir* (Maha Menampakkan),

Nampakkan kepada anak kami jawapan bagi soalan-soalan peperiksaan UPSR nanti Ya Rabb.

Ya Allah *Ya Haadi* (Maha Beri Petunjuk)
berikan petunjukMu kepada jawapan2 bagi soalan2 peperiksaannya.

Ya Allah *Ya Nuur* (Maha Bercahaya)
pancarkan cahayaMu kdalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala Persoalan Peperiksaan dan Persoalan Kehidupannya.

Ya Allah *Ya Baari'* (Maha Mengatur)
aturkanlah jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaannya.

Allah *Ya 'Alim Ya Hakim Ya Rosyid* (Maha Mgetahui, Bijaksana & Cerdas)
Ya Allah, kurniakan kepada anak kami Kefahaman ilmuMu yang Luas, kebijaksanaan dan kepintaran agar dia menjadi pelajar yang cemerlang Di Akhirat dan Dunia ini.

Semoga anakanda Ahmad Irfan Azahan tenang menjawab peperiksaan dengan jayanya.

*YA BAARI' YA WAKIL* kpdMu kami berserah
*YA SAMI' YA MUJIB* AAMIIN YA ROBBAL'ALAMIN"

Tuesday, September 5, 2017

Majalah DBP

Antara kedai buku yg kami selalu kunjungi adalah Syarikat Muda Osman (SMO).
Anak2 pantang lalu depan SMO, mesti mereka ajak masuk.
Tapi layankan aje permintaan mereka agar suatu hari nanti mereka jadi pencinta ilmu.

Dalam duk belek2 majalah, terbeli majalah2 ni...
Dewan bahasa, dewan siswa, dewan kosmik... 
Dah lupa bila kali terakhir baca majalah2 ni.
Seronok pula rasa dpt baca muka demi muka.
Seronok baca majalah yg suatu masa dulu, sayalah pembaca setia.

Mommies suka tak baca majalah2 ni?

Friday, September 1, 2017

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua rakan blogger.

Pagi ni Aina tgk lembu korban...

Seekor lembu baru jer tumbang...

Aina pun tak lepaskan peluang tgk lembu disembelih.

Lengkap bersampin nak lapah lembu...




Related Posts with Thumbnails