Sunday, September 10, 2017

Kelas terakhir

Esok dah mula UPSR.

Hari ni Irfan ke sekolah lagi untuk persiapan terakhir.
Mesti penat sgt Irfan buat persiapan.
Jumaat Sabtu dah buat study group kat rumah kwn dia.
Hari ni kelas tambahan lg.

Kat media sosial, byk juga soalan2 ramalan yg cikgu dan parent kongsi.
Bikin hati mak pula yg nerbes.
Skrang baru faham perasaan mak mak bila anak2 nak exam.

Semoga Irfan dan kwn2 dapat buat yg terbaik dlm UPSR nanti.
Semoga Allah permudahkan.

___________________________________

*ANAK2 MENDUDUKI PEPERIKSAAN*

Kepada yang mempunyai anak/ adik beradik /cucu yg menduduki peperiksaan UPSR/ PT3/ SPM.

1. Allahumma
*Ya Alim Ya Hakim Ya Rosyid* 40x
"Ya Allah, alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anak kami agar dia dapat menjawab dengan baik"

2. Allahumma
*Ya Zohir* 40x
"Ya Allah, Engkau Maha Nampak, ilhamkan & nampakkan jawapan yang betul dalam minda anak kami"

3. Allahumma
*Ya Fatah* 40x
"Ya Allah, bukakanlah minda anak kami seluas langit dan bumi agar dia dapat menjawab soalan2 dengan betul"

4. Allahumma
*Ya Baari'* 40x
"Ya Allah, kami serahkan seluruh jiwa raga anak kami hanya kepadaMu utk Engkau uruskan dengan sebaik2nya sepanjang dia menghadapi exam ini.

Engkau aturkanlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanMu *Ya Haadi*.

Kami yaqin hanya dengan kkuasaanMu *KUN FAYAKUN* kami tiada daya Ya Allah"

Ulang dan ulang. Bayangkan ank2 sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk semasa hendak pergi ke sekolah. Kalau batal takpe, mak ayah beristighfar sepanjang exam ini juga.
___________________________________

Boleh juga mengamalkan BICARA HATI di bawah ini:

Mulakan dengan Umul Kitab *Al-Fatihah*..

"Allah  Allahurobbi
*Ya Rahman Ya Rahim* (Maha Pgasih & Pyayang)
*Ya Sami'* (Maha Mendengar) 
*Ya Mujib* (Maha Memakbulkan)
Ya Allah *Ya Zohir* (Maha Menampakkan),

Nampakkan kepada anak kami jawapan bagi soalan-soalan peperiksaan UPSR nanti Ya Rabb.

Ya Allah *Ya Haadi* (Maha Beri Petunjuk)
berikan petunjukMu kepada jawapan2 bagi soalan2 peperiksaannya.

Ya Allah *Ya Nuur* (Maha Bercahaya)
pancarkan cahayaMu kdalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala Persoalan Peperiksaan dan Persoalan Kehidupannya.

Ya Allah *Ya Baari'* (Maha Mengatur)
aturkanlah jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaannya.

Allah *Ya 'Alim Ya Hakim Ya Rosyid* (Maha Mgetahui, Bijaksana & Cerdas)
Ya Allah, kurniakan kepada anak kami Kefahaman ilmuMu yang Luas, kebijaksanaan dan kepintaran agar dia menjadi pelajar yang cemerlang Di Akhirat dan Dunia ini.

Semoga anakanda Ahmad Irfan Azahan tenang menjawab peperiksaan dengan jayanya.

*YA BAARI' YA WAKIL* kpdMu kami berserah
*YA SAMI' YA MUJIB* AAMIIN YA ROBBAL'ALAMIN"

6 comments:

  1. Mudah2ang Irfan beroleh kejayaan cemerlang.
    Selamat menduduki UPSR

    ReplyDelete
  2. terimakasih atas infornya, jangan lupa kunjungi kami
    di http://blackwaletfacialsoap.com/sabun-jerawat-untuk-kulit-sensitif/

    ReplyDelete
  3. moga di lapangkan dada di permudahkan semasa menjawab soalan bt irfan...

    ReplyDelete
  4. banyak2 doa minta mudah menjawab exam.

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah! Irfan, you can do it!

    Dia dah berusaha dan kita sebagai ibu pun dah berdoa sedayanya memohon bantuan-Nya, semoga adalah hasil yang setimpal dengan usaha dan doa tu, Nur!

    ReplyDelete
  6. Lepas habis UPSR ni silalah qada tidur ye Irfan haha... Mama pun dah boleh tarik nafas lega.
    Hihi....mama cuti ke?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails