Thursday, September 21, 2017

Cheesekut Viral

Orang lain dah lama buat Cheesekut ni.
Saya baru nak buat.

Sebenarmya masa kat Bradford dah pernah buat sekali Cheesekut ni.
Tapi anak2 tak berapa suka.
Mungkin sebab biskut kraker kat sini tak berapa sedap.

Semenjak dua menjak ni, Cheesekut ni macam viral kat Facebook.
Ramai pula kawan2 yang duk share.
Saya pun tekan butang "Share" sekali.

Hujung minggu lepas baru berpeluang buat Cheesekut bersama anak-anak.
Tak sangka, kali ni mereka suka sangat makan Cheesekut.
Sekejap jer habis satu loyang.

Dah anak2 suka, haruslak tempek resepi kat blog sendiri biar senang nak rujuk :)

Cheesekut ni cuma guna lima bahan sahaja:
1/2 tin susu pekat
250 g Cream Cheese
Milo
Susu segar
Biskut Kraker

 Langkah pertama, satukan cream cheese dan susu pekat. Kalau ikutkan resepi asal kena guna 200 gram susu pekat. Tapi saya malas sukat, tuang jer dalam setengah tin susu pekat. Tapi saya tuang tak sampai setengah tin pun.
Kemudian pukul cream cheese dan susu hingga sebati. Nak guna blender pun boleh. Saya lagi suka guna hand mixer. Tugas ni serah kat Danish jer :)
 Lepas dah sebati, tuang susu segar ke dalam mangkuk. Celupkan biskut ke dalam susu dan susun ke dalam loyang.
 Dah penuh satu lapisan dengan biskut, tuang adunan cream cheese tadi.
 Seterusnya lapiskan dengan milo. Banyak benar mereka letak milo... huhuhu
 Lepas tu lapis lagi dengan biskut cicah susu.
 Letak cream cheese dan tabur lagi milo. Begitulah seterusnya hingga habis cream cheese. Rasanya yg kami buat dapat dalam tiga lapisan.
Kemudian sejukkan dalam peti ais. Tak sampai dua jam, terus potong untuk makan.
Tengoklah, Cheesekut anak-anak yang mewah dengan taburan milo :)

Anak2 dah tanya, bila nak buat lagi.
Eksaited mereka nak buat sebab senang, mudah, ringkas dan cepat.

Tapi tak boleh buat selalu.. Cream Cheese kat M'sia mahal la...
Kalau sana, dalam satu pound sebuku cream cheese. 
kat sini rasanya berbelas ringgit.... huhuhuhu

Hahaha, alasan... Padahal umminya takut diet lari :)

7 comments:

  1. Sedapnya Cheesekut..seronok ler ummi nyer dah bleh serah dapur kat anak2!

    ReplyDelete
  2. senangnya resepi cheesekut ni rupanya.. nnt berat dah turun ke berat ideal (bila la entah hahha) nak buat juga lah..

    ReplyDelete
  3. Bukan Umi yang makan dok takut diet lari ^_^ Buat untuk anak-anak aje, Umi main nyamah-nyamah rasa masa buat aje cukuplah.

    By the way Nur, saya sampai sekarang belum buat lagi cheesekut ni. Bukan sebab cream cheese mahal, bukan sebab takda masa tapi memang sebab malas. Hehehe!

    ReplyDelete
  4. Yelah...cheesekut rasanya dah lama viral. Tp tak salah nak viralkan lagi hihi...
    Ohh buh milo yeh. Rasanya dulu guna air nescafe.
    Hihi...betullah, makan manis manis mcm ni mmg lari diet lah gamaknya ni

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails