** JJD4 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 4
Lepas main Orbitron di Discoveryland, pengembaraan diteruskan ke taman sebelah iaitu Walt Disney Studio Park (WDSP). Boleh dikatakan kami banyak habiskan masa di WDSP berbanding Disneyland Park pada hari yang pertama. Walaupun WDSP tidak seluas Disneyland Park, tapi tarikan yang ditawarkan di sana memang menarik.
Masuk jer dalam ni, terus nampak orang beratur nak jumpa dengan Mickey. Kami pun terus masuk dalam queue untuk menunggu giliran.
Bukan main seronok lagi dapat ambil gambar dengan Mickey dan Minnie.
![]() |
| Opps, sorry... muka abah kena crop :) |
Memang tak sah kalau tak singgah Toy Story Land. Tak naik pun ride kat sana sebab queue yang agak panjang. So hanya snap gambar anak-anak di tempat menarik :)
Lepas tu terus nampak Studio Tram Tour. Antara tempat yang saya memang nak masuk dan ramai yang review kata best. So, terus beratur menunggu giliran :)
Kami dibawa menaiki train ni untuk mengembara tentang cara-cara filem dihasilkan dari A ke Z.
Dengan kata lain, kami dibawa menjelajah penceritaan di belakang tabir apa yang berlaku dalam menghasilkan sesuatu filem bermula dari pembuatan skrip hinggalah kesan sampingan dalam movie.
Yang menariknya, kami juga turut merasa effect yang diecritakan - macam dalam pic kat bawah ni, tetiba jer air datang dan train kami mmg bergoyang-goyang :)
Nasib baik seat saya jauh dari air tu... kalau tak, memang basah :)
Lepas merasa kesan air, kami melalui effect kesan api pula. Memang terasa bahang panas tu. Tapi tu la, tu baru api atas dunia... entah panas mana bahang api neraka nanti, Nauzubillah!
![]() |
Selesai mengembara di alam filem, kami nampak ramai yang dah menunggu untuk Disney Parade. So, tanpa membuang masa, kami juga terus mencari port yang strategik untuk menyaksikan perarakan watak2 Disney di depan mata :)
![]() |
| Perarakan diterajui oleh Goofy |
![]() |
| Daisy dan donald duck :) |
![]() |
| Snow White |
![]() |
| Marry Poppins?? |
![]() |
| Monster - terkejut dia bila tgk ada geng cilik :) |
![]() |
| Ratatouille |
Perarakan di akhiri oleh Mickey dan Minnie. Ramai anak-anak yang menjerit memanggil nama Mickey dan Minnie. Memang ramai betul peminat Mickey dan Minnie ni. Rasanya tak ada orang yang tak kenal dengan Mickey dan Minnie, betul tak?
Bersambung...
NuKilaN:


















