Wednesday, February 11, 2015

WW ::: Bradford - Manchester

Keluar pukul 8 lebih... Perjalanan ke Manchester....
Masih gelap...
Berangan memandu di highway Swiss.... ni puncak tertinggi motorway di England (1221 feet/ 372 m)...
Balik pula sekitar pukul 3 petang...
Dihidangkan dengan pemandangan berbeza....
Biasa pecut 70 m/h, tapi bawa slow sikit sebab nak menikmati pemandangan :)
Slow pun tak boleh slow sangat nanti kena saman.... Sekitar 60 m/h....

Tuesday, February 10, 2015

Buruk cuma di luar

Rupa pisang yang saya beli...
Kalau ke kedai, memang saya cari pisang yg macam ni.
Isinya masih elok...
Dan sangat sedap hokey... manis leting!

Lagipun Danish suka makan pisang.
Kalau beli pisang yang tak berapa masak, mudah sangat dia kena lelah.
Dengan pisang ni, boleh lah dia makan tanpa sebarang masalah.

Hari tu saya beli 20 biji (ke lebih) dengan harga cuma satu pound.
Berbaloi-baloi.
Bukan setakat sedap di makan begitu saja, boleh buat cekodok dan juga kek pisang.
Hajat di hati nak masak juga kek pisang, tapi tak sempat buat semuanya dah habis.

Saya juga pernah post entry pasal pisang yang berkulit hodoh ni rupanya anti-kanser.
Benar atau tidak, wallahu'alam.

Monday, February 9, 2015

Kisah cinderella

Kisah hari Jumaat lepas.
Saya masuk ke dalam bilik ada gambar ni...

Dah agak, ni mesti kerja si anak dara.
Agaknya apalah yang dia nak cerita ni... detik saya dalam hati.

Tak lama Aisyah pun muncul.
"Ummi, have you seen the sheets?".
"Dah... " Jawab saya saya acuh tak acuh.
Tapi mmg biasa lah.... anak 'kecek' (baca cakap) omputih, tapi umminya tetap dgn bahasa ibunda.

"Which one do you like most?". Tanya dia lagi.
"Gambar yang pertama." Jawab saya lagi.

"Ummi, you know... this is cindrella... she dance with prince cahrming... she lost her shoe... bla bla bla...". Saya layankan ajer cerita dia.
Tapi rasa seronok pula tgk dia bercerita.
Lepas dengar cerita dia, saya cakap.. "Ummi suka dengar cerita kakak. Boleh ummi record video?".
Saya memang suka buat koleksi video anak2 selain dari koleksi gambar.

"You means you want to make a video and then upload it to Youtube?"
Amboi, ni namanya bagi betis nak paha.
Siap suruh upload dalam Youtube.
Tak pe, saya layankan ajer...

"Kakak nak ke ummi upload dalam Youtube".
Saya tanya dan Aisyah angguk tanda setuju.

Maka terhasilah video ni...


Tapi cerita dalam slang Yorkshire, not so British accent.. keh keh keh...

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails