Thursday, October 6, 2016

Sepupu Aina

Tahun ni, Aina ada dua orang sepupu yang sebaya...

Anak adik, Dhia lahir bulan enam hari tu. iaitu anak Ramadhan.
Sekarang dah masuk 3 bulan.

Kak ipar juga baru jer bersalin, 16 Sept lepas.
Baby lahir sama borndate dgn abah dia a.k.a abang saya.
Juga satu Malaysia cuti masa tu sbb jatuh pada hari Malaysia.
Baby diberi nama Fahim.

Comel jer beratur baby2 tahun 2016...
Paling atas, Fahim... yg tengah, Dhia dan yang pegang kaki tu tentulah Aina.

Tengok lah kakak senior tahun 2016...
Dia jer yang jaga, yg lain sedang syok tidur....

Boring agaknya kawan2 tidur, jadi main kaki yer Aina.
Kalau ikutkan, adik ipar saya juga mengandung tahun ni.
Tapi rezeki tak ada, dia keguguran masa bulan puasa hari tu.
Belum ada rezeki agaknya.
Semoga lepas ni ada rezeki adik ipar saya untuk mengandung lagi... amin!

Wednesday, October 5, 2016

WW ::: Kasihnya abang




Gambar2 ni aunty saya yg kirim.
Alahai, sweet jer abang duk mengasuh adik.
Rasanya, ni gambar hujung minggu hari tu.
Masa tu saya tak berapa sihat- demam dan sakit kepala.
Mujur ada abang yg rajin mengasuh adik :)

Tuesday, October 4, 2016

Aina 6 bulan

Sedar tak sedar, anak dara tecit ni dah menginjak ke usia 6 bulan...
Alhamdulillah, Aina membesar dengan sihat dan cergas..
Tapi, tapi.. injek 5 bulan tak ambil lagi..
Hari tu Aina batuk2, jadi doc kata tunggu reda dulu baru dia cucuk..
Bila Aina baik jer dari batuk, ummi dia pula bz...
Last2, sampai ke hari ni tak injek lagi 5 bulan...
Tengok la, hujung minggu ni kena bawa juga Aina injek..

Berat last timbang masa 5 bln lebih tu dah naik 7 kg..
Skrang tak tahu la naik byk ke sikit..
Nampak macam Aina maintain jer beratnya...

Aina ni, kalau orang agah memang susah sgt nak senyum...
Serius aje memanjang....

Dah masuk 6 bulan, saya pun dah mula solid food utk Aina..
Saya masak bubur nasi kosong jer...
Letak sikit susu ibu... baru dia nak mamam...
Kalau bubur nasi kosong jer, dia makan sambil buat muka....

Alhamdulillah, dalam tempoh enam bulan dapat fully BF secara eksklusif..
Walau banyak cabarannya, berjaya juga redah hingga enam bulan.
Kali ni tak banyak dapat cerita kat blog pasal perjalanan BF Aina.
Kisah semua stok susu Aina rosak bila balik kampung pun belum sempat cerita.
Sekarang ni, stok susu mmg kritikal.
Pam hari ni, untuk stok susu esoknya.
Dah la Aina banyak minum susu masa kat taska.
Sehari kena bekalkan dia 6 botol x 4 oz.
Memang kena rajin mengepam utk bekalkan stok susu secukupnya.

Dari segi perkembangan pula, Aina dah mula meniarap sambil angkat montot utk merangkak.
Hasilnya masih lagi merangkak ke belakang.
Baby ni, memang masuk gear undur dulu.
Tunggu lagi seminggu dua kot boleh tgk Aina merangkak ke depan.

Aina umur 6 bulan, rambut tak banyak.
Gigi pun belum ada.
Tapi mulut dah mula bising berbicara.
Related Posts with Thumbnails