Thursday, August 3, 2017

Sunrise

Pukul 7 dah terpacak kat tepi pantai nak tengok matahari terbit...
Matahari masih malu2 nak keluar..
Berselindung di sebalik awan...
Makin meninggi...
Danish dah tak sabar nak main air..
Semakin cerah...

Untung rumah dekat pantai..
Bila2 rasa rindu kat ombak, boleh terus ke sana :)
NuKilaN:
 

Wednesday, August 2, 2017

Masa Maghrib

Kisah Satu Syawal yang lepas.

Ada orang kata, jangan ambil gambar masa Maghrib.
Tapi entah kenapa masa satu Syawal lepas, semasa perjalanan pulang ke rumah.... tersnap juga satu gambar masa lepas orang azan Maghrib.
Gara-gara terpesona dengan kecantikan anak bulan satu Syawal.

Cantik kan anak bulan satu Syawal?


Tapi bila tunjuk gambar ni kat adik2, mereka kata.. "Kaknur, ada benda lain lah dalam gambar ni."
Huhuhu, kan dah ada benda lain posing sekali.
Patut la rasa seram sejuk jer lepas snap gambar ni.
Mommies nampak tak?


NuKilaN:
 

Tuesday, August 1, 2017

Ratu air mata

Aina ni kan... bila bawa ke tempat orang ramai dan ada yg suka tegur dia.. mula la nak berdrama air mata.
Kalau orang buat tak tahu jer, tak apa.
Elok pula dia explore ke sana sini.

Kalau tengok semula gambar2 raya dia, banyak benar yg ada drama air mata.
Scene sedih2.
Memang Ratu Air Mata si cilik sorang ni.

Ummi ni pun saje jer kan..
Siap buat entry khas utk ratu air mata ni.. kikiki.

Dia nangis bila saya letak di celah sepupunya...
Ni pun nangis juga walau kakak Aisyah yang pegang.
 Yang ni pula, beria nak lepaskan diri bila sepupu saya nak pegang dia...
Ni pun sama...
Walau nampak anak2 berempat jer, tapi realitinya ramai lagi yang sedang bergambar... Gigih buat photoshoot kat bendang dgn sepupu sepapat... Sporting pula mereka melayan posing beramai-ramai...

Ni saya letak kejap sbb nak salam.. terus nangis mcm kena cubit!
 Yg ni pun sama.. Rumah kawan juga...
 Letak sekejap sbb nak salam.. Apa lagi, menangis laaa Aina sekuat hati.. Takut kena tinggal agaknya.

Ha, kan cantik senyum (eh, ke sengih?) mcm tu Aina...
Happy sangat dapat main bunga api!


NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails