Wednesday, September 8, 2010

salam aidilfitri

Sekarang kita dah berada di penghujung Ramadhan. Sehari dua lagi Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita. Semoga amalan kita di bulan yang mulia ini mendapat ganjaran daripada Nya dan dapat diteruskan lagi untuk bulan bulan yang seterusnya, Insya Allah...

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Aidilfitri kepada semua pengunjung blog yang tak seberapa ini. Sekiranya ada terkasar bahasa atau sebarang komen yang mengguriskan hati, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Terimalah beberapa rangkap pantun dari saya:

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

 
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

 
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

 
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang mulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Satukan hati,  itulah indahnya silaturahim.
Di hari kemenangan kita padukan keikhlasan untuk saling memaafkan.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
Mohon maaf zahir dan batin

1 comment:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga utk kak nur..raya ni jemput la dtg rmh saya. blh berkenal-kenalan. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails