Wednesday, October 20, 2010

danish 8 months @ 20102010

How fast the time flies? Kejap jer si kecil danish dah besar :) Sekarang ni pun dah macam macam benda yang danish dah pandai buat dan dah pandai nak geng dengan abang dan kakak (tgk la pic kat atas tu). Abang dan kakak pula, suka sangat melayan karenah danish. Tapi masih belum dapat merangkak lagi. Baru pandai menjulur ke depan. Irfan kata, adik dah pandai berenang, hahaha... kelakar betul, irfan ni : D

Memang perkembangan anak anak tak sama. Kalau irfan dan aisyah, lepas dapat meniarap, tak lama lepas tu terus merangkak. Tak de la nak menjulur ke depan dulu. Danish ni, lain pulak... pandai pulak dia menjulur ke depan. Seronok pula tengok bila danish beria menjulur ke depan nak capai mainan yang dia nak. Tak sempat lagi nak snap gambar danish sedang menjulur, nanti boleh tempek kat blog ni sebagai kenangan :)

Sekarang ni danish makan 3 kali sehari. Biasanya satu periuk bubur nasi yang saya masak boleh tahan sampai tiga hari. Tapi sekarang ni, dua hari dah licin. Bila orang makan pun, sibuk jer nak makan sama. Tapi, mana boleh suap lagi. Tunggu lagi empat bulan yer danish. Tengok la pic kat bawah pula... bila orang sibuk makan kek, dia pun cuba nak capai kek jugak. Curi curi makan, yea!

Kadang kadang macam tak percaya,
dah lapan pun saya menyusukan danish sepenuhnya!
Thank you Allah, Alhamdulillah!

3 comments:

  1. tahniah.. dah 8 bulan danish.. nanti semakin meriah la rumah dgn riuh rendah suara anak2... ;)

    tahniah dah berjaya BF 8 bulan.. semoga berjaya hingga fullterm

    ReplyDelete
  2. Tahniah sbb dah berjaya BF for 8 months!!! dah dekat utk 1 tahun tuh!!
    all the best & good luck ek

    ReplyDelete
  3. tq kak yong dan momma mia :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails