Tuesday, October 12, 2010

pantai batu rakit

Actually, pantai batu rakit ni, dekat sangat dengan rumah saya. Perjalanan ke pantai ni tak sampai lima minit pun dari rumah. Kadang kadang bila musim hujan, bunyi ombak boleh kedengaran dari dalam rumah. Selalu juga bawa anak anak makan angin kat pantai waktu petang. Tapi, sejak ada danish ni, masa ada tetamu jer baru bawak dia orang jalan jalan kat pantai.

Biasanya kami pergi waktu pagi. Suka pergi time tu sebab takde orang. Bebas nak mandi bersama keluarga. Lagipun, boleh mandi lama sikit. Kalau sampai pantai pukul 7.30 pagi, boleh berendam lama lama sampai pukul 11 pagi. Memang seronok mandi pantai kat sini.


Jom tengok aktiviti anak anak kat pantai... danish tak bawak, kena tinggal kat rumah!

Aisyah yang suka main pasir... penat main pasir, dia mandi... penat mandi, dia main pasir

Irfan pun suka main pasir... Gambar yang ada ni diambil sebelum saya mula main air. Sebab tu, baju dan rambut belum basah. Sempat la candid gambar sedara mara yang sedang berseronok main air.

Memang seronok sangat dapat main air pantai... kalau boleh nak pergi hari hari pun tak pe, kan?


2 comments:

  1. bestnya dpt berendam dalam laut...

    rindunya dgn pantai ganu.. dulu masa sek rendah selalu lepak kat pantai teluk ketapang, dekat dgn kem askar tu..

    ReplyDelete
  2. mmg best kan? tp skrang ni pantai teluk ketapang dah terhakis kuat.. dah x bleh nak mandi mcm dulu2... kesian alam sekitar yang dah terancam akibat aktiviti manusia, huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails