Bagaimana saya mengepam dan menguruskan susu ibu perahan (EBM) di tempat kerja/ di rumah?
Sharing is caring. Jom kita berkongsi pengalaman menguruskan EBM.
Biasanya pagi pagi selepas mandi, saya akan mengepam untuk sesi pagi. Lepas tu, saya akan menyiapkan peralatan mengepam untuk dibawa ke tempat kerja. Semua peralatan menyusu saya bersihkan dan masukkan dalam beg menyusu. Corong pam dan botol susu berserta penutup saya letak dalam 'uncang' khas mcm kat bawah:
dry air pouch dari MLO
Disebabkan tempat kerja saya tidak mempunyai peti sejuk, saya menyediakan beg pendingin (cooler bag) dan bungkusan ais (ice pack) untuk menyimpan EBM. Kesemua peralatan mengepam saya letakkan dalam beg menyusu.
beg pendingin, mesin spectra, uncang MLO, bungkusan ais MLO yang diisikan dalam beg Reebok
Setiap hari, saya bekalkan EBM segar pada danish. Danish memerlukan 4 botol x 2.5 auns EBM setiap hari. Tapi saya akan pastikan ada lima botol EBM dalam peti sejuk sebelum ke tempat kerja. Bila tiba masa untuk menyusu, pembantu rumah cuma perlu panaskan EBM dalam air panas dalam 5 hingga 8 minit.
EBM segar untuk danish
Semasa di pejabat, saya cuma mengepam dua kali sahaja iaitu pukul 11 pagi dan pukul 3 petang. Selepas mengepam, saya terus membersihkan corong pam untuk kegunaan seterusnya. Hasil EBM saya tak terus masukkan dalam beg pendingin. Saya biarkan sekurang-kurangnya selama 30 minit sebelum dimasukkan ke dalam beg pendingin.
Apabila pulang ke rumah, saya terus masukkan EBM dalam beg pendingin ke dalam peti sejuk. Sebelum itu, saya isikan setiap botol dengan 2.5 auns EBM. Lebihan EBM yang ada dalam peti sejuk saya turunkan di bahagian dingin beku (freezer) sebagai stok EBM beku. Semasa nak masukkan EBM dalam bahagian dingin beku, baru saya letakkan tarikh sebagai rujukan. Untuk stok harian, saya tak letakkan tarikh sebab terus digunakan untuk keperluan danish.
Begitulah rutin harian saya menguruskan EBM untuk keperluan harian danish sepanjang saya berada di tempat kerja. Mommies yang lain macam mana pula?
k nor,
ReplyDeletenape perlu biar ebm yg baru perah kt luar dulu sblum masuk peti? kalau masuk peti terus
erm.. fadilah perasan tak, ebm yg kita dpt lepas pam tu mcm suam2 kuku skit? sbb tu kena biar dulu biar sama dengan suhu bilik supaya ebm tak cepat rosak. Sama juga dgn makanan, kita tak terus letak makanan yg masih panas dlm fridge :)
ReplyDeleteo0o sebab tu ke? saya malas nk tunggu sbb slalu lupa...
ReplyDeletenur,
ReplyDeletetahniah..
kakyong x penah mengepam.. semua pun direct feed... ;)
Tahniah Kak Nur.
ReplyDeleteSuka baca pengalaman ibu-ibu menyusu nih
fadilah: sama la, kaknur pun kadang2 terlupa jugak... sbb tu selalu praktik kat ofis jer mcm tu... konfirm x lupa sbb ebm ada dpn mata :)
ReplyDeletekak yong & alin: tq :)
tahniah kak nur..
ReplyDeletesuka la tengok beg akak yg letak botol2 tu..kreatif...teruskan usasa akak ye..
tq ayu... hepi bf utk ayu jugak :)
ReplyDelete