Raya tahun ni memang lebih meriah berbanding tahun lepas. Mungkin sebab utama ialah, baby saya dah besar. Hehehe, memang sangat bebas nak beraya ke hulu ke hilir sebab kesemua anak dah boleh jalan. Dan mereka juga sangat seronok untuk pergi beraya. Tak banyak karenah. Tak kisah kena bangun dan mandi awal pagi. Sebelum tidur mesti tanya, "Ummi, esok nak pergi beraya lagi ke?".
Percaya atau tidak, pada hari raya kedua, kami beraya hingga 12 buah rumah. Tu pun tak habis lagi jelajah semua rumah mak sedara. So sesi ziarah menziarah diteruskan lagi pada hari raya yang ketiga.
Tapi, raya ketiga jalan dah mula jammed. Bayangkan, kami bertolak dari Kota Bharu (KB) untuk pulang ke Tanah Merah (TM) ambil masa melebihi tiga jam. Kami bertolak pukul 5.30 petang dan sampai pukul 8.45 malam. Terpaksa singgah di masjid dulu untuk solat Mahgrib. Biasanya kami berulang-alik KB-TM dalam 45 minit jer.
Sebagai mengakhiri entry, saya tempekken gambar raya anak-anak. hari raya pertama kami sedondon dengan baju berwarna kelabu.
aisyah sedang makan kek birthday
irfan pula comot dengan krim dari kek
danish yang cukup susah nak tangkap gambar
bila transfer gambar dalam komputer baru perasan
lupa nak snap gambar anak-anak bertiga
huhuhu
NuKilaN:
selamat hari raya...maaf zahir batin...
ReplyDeletesama la kita yer fadilah :)
ReplyDelete