Setiap kali lepas makan malam, saya akan lepak depan TV bersama anak-anak. Biasanya, rancangan kegemaran kami adalah Master Chef Malaysia (MCM). Selesai layan MCM, kami semua akan terus tidur. Danish tak sempat habis MCM pun dah lelap atas pangkuan :)
Akhir-akhir ni, Irfan dan Aisyah selalu usap perut saya semasa menonton TV selepas makan. Disebabkan ke'boroi'an perut umminya yang semakin menjadi-jadi, maka terjadilah perbualan ini.
Irfan: Kakak, cuba tengok perut ummi. abang rasa ada baby la.
(sambil tangannya menyentuh perut saya).
Aisyah: A ah la, baby dah nak keluar sebab perut ummi dah besar.
(saya memang dah cuak time tu sebab kakak pun memberi respon yang sama)
(Irfan terus letakkan telinga kat perut umminya.)
Irfan: Cuba kakak letak telinga macam ni, boleh dengar bunyi baby.
(Kakak pun melayan si abang dan mengikut perlakuan si abang.)
Aisyah: betul la, kakak boleh dengar ada baby kat dalam. Baby cakap.. aa... aa..
(Tu dia... aisyah siap imagine yg baby tu dah boleh bercakap lagi)
Aisyah: Ummi, bila baby ni nak keluar?
Saya yang dari tadi diam terus bersuara...
Ummi: Mana ada baby kat dalam, perut ummi besar sebab ummi makan banyak. Tadi kan baru jer lepas makan.
Aisyah; Oooo, jadi tak de baby la dalam perut ummi?
Ummi: Tak de.
Hahaha, kesian kat Irfan dan Aisyah. Teringin sangat nak ada baby sebab danish dah besar. Ummi pun teringin sangat nak ada baby.
Rindu saat mengandung dan menyusu anak yang masih kecil.
Rindu suasana semua orang ambil berat bila menyedari yang kita sedang mengandung.
Rindu untuk pakai baju mengandung walaupun tidak lagi kelihatan cantik semasa menggayakannya.
Rindu nak berpantang walaupun tak dapat makan makanan yang sedap.
Rindu untuk melahirkan bayi secomel ini....
Rindu untuk mendakap bayi sekecil ini di dalam labour room....
Tapi ummi kena rehat dulu untuk dua atau tiga tahun ni. Sebabnya ...... (boleh rujuk kat sini)
Memang kena pilih salah satu untuk capai yang terbaik. Doakan semoga urusan kami dipermudahkan yer :)
NuKilaN:
heheh... cute jer lah anak2 Nur nih... dah besor ade2 jer depa kan..
ReplyDeleteowh.. Nur nak g sambung belajor ya.. tahniah Nur, kakyong tumpang gembira.. lepas ni buleh lah bersiaran dari UK.. wah dlm diam dah nak sambung amik PhD.. bila akan berangkat ke sana.??
haa... k.nur nak pi sambung belajar yek... Tahniah kak.. semoga akak di lindungi Allah swt di sana... amin..
ReplyDeleteanak2 haza pun cenggitu dah sekarang ni.. :) asyik cakap dengan perut jek...
Tahniah ye kak....
hihi..lucu je diorg ni. tak sabar nk adik yea?
ReplyDeletetahniah kak nur dpt sambung belajar. semoga dipermudahkn urusan di tempat orang nnti..
kak yong: mmg seronok layan karenah anak-anak. Insya Allah kalau masa mengizinkan, boleh sambung berblog kat sana. Maybe 13 Jan ni fly kalau visa tak sangkut :)
ReplyDeletehaza:Tq Haza doakan akak :)... pandai jer budak2 ni nak psiko ummi dia spy mengandung lagi.. huhuhu
Ummi ummair: tu la, selalu sangat ulang ayat sama, "ummi ada baby ke".. hehehe, tq sebab doakan akak :)