Wednesday, December 7, 2011

1 thn 9 bulan 2 minggu

Dah lama tak update pasal danish. Bila tengok ticker di side bar, baru sedar yang danish akan melangkah ke usia dua tahun dalam tempoh 2 bulan setengah lagi. Ini bermakna tinggal lagi dua bulan lebih untuk saya melengkapkan penyusuan susu ibu selama dua tahun untuk danish, Insya Allah.

Sebenarnya hari Isnin lepas (5/12/2011) saya berpeluang bawa danish ke klinik untuk dapatkan imunisasi yang terakhir iaitu DTP. Ia sepatutnya diberi semasa kanak-kanak berumur 18 bulan tapi saya dah terlajak 3 bulan. Tapi, "better late than never, kan?". Hihihi, ayat nak cover line.

Semasa doktor nak cucuk tu, danish langsung tak melawan bila saya baringkannya meniarap dan pegang kedua tangan dan kakinya. Biasanya bila baringkan tu danish akan melawan dan dia mula menangis. Tapi, kali ni danish memberikan kerjasama dengan baik sekali. Saya ingatkan danish akan meraung bila doktor cucuk. Tapi sangkaan saya meleset sekali. Danish masih lagi cool seperti tiada apa yang berlaku. Fuhh, lega saya dibuatnya.

Lagi satu, doktor ada bekalkan paracetamol takut Danish demam. Alhamdulillah, danish langsung tak demam. Bila tak demam, doktor kata kena beri minum ubat cacing setiap 6 bulan sekali. Kemudian baru saya ingat, Aisyah dan Irfan pun dah lama tak minum ubat cacing. Ishh, teruk betul ummi dia orang ni... hhuhuhu

Setiap kali sebelum cucuk, danish kena timbang berat. Ingatkan berat danish dah mencecah 10 kg, tapi baru 9.5 kg. Sama mcm si kakak juga. Kalau si abang, masa 1 thn dah berat 10 kg.

Gambar ni menunjukkan hobi danish sekarang.
Suka sangat buka seluar dengan sendiri kemudian pakai semula seluar tu. Tapi kebarangkalian danish akan pakai semula seluar yang telah dibuka adalah sangat rendah (dalam 30% kot!). 

NuKilaN:
 

7 comments:

  1. tahniah kak Nur... dah tak lama dah tuh ... all the best kak.

    comel la aksi danish tuh...

    ReplyDelete
  2. dah nak 2 tahun yer.. kejap jer masa berlalu.. Insya Allah semoga dpt sempurnakan sampai 2 tahun.. Aliya dah 3 tahun lebih ni pun masih suka ngempeng.. kalo tak bagi dia melalak.. selalu tanya kat dia, "ada susu lagi ker".. all the time, dia angguk jer... hmmm

    ReplyDelete
  3. tu la, dalam kepala dah terfikir, mcm mana bila dah wean off danish nanti... lagi dua bulan to enjoy the bf moments :)

    ReplyDelete
  4. Sikit lg dah nak grad :)) tahniah... hehehe... sama dgn ahmadi saya, suka bukak seluar tp yg tak syioknya adalah mmg takde kebarangkalian dia pakai balik kikiki... dan Ahmadi sangat berat, sungguh tak terlarat dah nak dukung... Ahmadi dah ada Iman, Danish bila pula??

    ReplyDelete
  5. Insya Allah, moving towards that :)
    Ada geng rupanya danish ni... adik? saya kena rehat dulu... ada misi besar tahun depan :)

    ReplyDelete
  6. I lagi bagus...dah 2 tahun baru gi injection si Adik. Yes, yes, better late than never.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails