Peristiwa yang tak akan dilupakan. Kami sekeluarga dikejar anjing!
Semalam kami menghadiri majlis hari lahir anak kepada seorang kawan. Semasa nak bertolak pulang, en hubby dah bagi peringatan yang ada jiran berhampiran yang memelihara anjing dan anjing tersebut tidak diikat. Bila lihat anjing tersebut sedang ralit bermain, kami keluar perlahan-lahan dari pintu pagar.
Belum sempat kami sampai ke kereta, anjing tersebut meluru ke arah kami. Fuh, kecut perut saya dibuatnya. Nasib baik anjing jenis kecil jer. Saya pesan kat anak-anak jangan lari. Tapi mereka sangat takut bila dikejar anjing. Anak-anak menjerit ketakutan dan berlari.
Melihat anak-anak berlari, lagi laju anjing tersebut lari. Nak tak nak, saya terpaksa memberanikan diri. Saya tunggu jer anjing sampai dekat sambil memegang tangan Aisyah. Danish atas dukungan abahnya bersama Irfan dah jalan kat depan. Saya cuba intai batu kecil di kawasan berhampiran tapi tiada. Ala, nak buat macam mana ni. Kalau lari confirm anjing tu kejar. Saya hanya mampu berdiri kat situ sambil menyalak balik kat anjing tesebut. Lepas berlawan salakan dgn anjing, anjing tu patah balik ke rumahnya. Saya merasa lega.
Ingatkan semuanya dah selesai. Kebetulan kereta pula parking agak jauh. Belum sampai sampai ke kereta, anjing tu datang semula. Lagi sekali berlaku adegan salak menyalak. Kali ni agak lama. Anjing tu macam tak nak berhenti menyalak. Aisyah dah mula menangis dan minta didukung. Lagi la anjing tu menyalak dengan kuat bila tengok Aisyah menangis. Tapi, akhirnya anjing tu berhenti jugak menyalak dan dengan cepat kami berlari masuk ke dalam kereta.
Bila dapat masuk dalam kereta baru rasa lega. Baru jer nak call kawan2 agar berjaga-jaga bila keluar dari rumah, sekali seorang kawan yang mempunyai 4 orang anak keluar dari pintu pagar. Saya fikir mungkin kawan saya sempat masuk dalam kereta sebab keretanya hanya parking di depan rumah. Belum sempat kawan saya memasukkan semua anak-anaknya ke dalam kereta, anjing tersebut meluru ke arah mereka dan anak-anak dia juga lari bertempiaran.
Melihat anak-anak kecil yang sedang lari dikejar anjing, baru tuan punya anjing memanggil dan memarahi anjingnya. Bila tuan anjing memarahinya, anjing tersebut terus melarikan diri. Ke mana anjing tersebut menghilnag pun kami tak tahu. Kami juga sangat bengang dengan tuan punya anjing tersebut - wanita muda dalam awal 30-an. Nasib baik tidak ada benda buruk yang terjadi.
NuKilaN:
huh..cemasnya! nasib baik tak digigitnya.
ReplyDeletesian anak2, mesti takut. nape tak buat dek aje? tak terus masuk kereta?
ReplyDeletesian anak2 k.nur.. haza trauma ngan anjing2 ni.. pernah kena kejar sampai pokok pisang yg licin tu berjaya haza panjat. bayangkan anjing muncung mulutnye yg warna hitam... take care k.nur
ReplyDeleteUmmi ummair: mmg sangat cemas, akak fikir kalau anjing tu datang dekat mmg nak sepak jer... lantak la kena samak kasut lepas tu... hehehe
ReplyDeletefadhilah: kebetulan kereta parking agak jauh... saya mmg dah cuba jadi se'cool' mungkin, tapi budak2 ni paham2 sendiri ler... nampak jer anjing terus lari.... lagi la syok anjing tu main kejar2... huhuhu
Haza: fuh, siap panjat pokok pisang, mesti sangat cemas masa tu dan dikenang sampai sekarang... anjing tu mcm nak main eje kot... tapi budak2 yang over cemas.. huhuhu