Monday, July 2, 2012

TB Screening

Masa cuti sekolah lepas, anak-anak kena buat TB screening (Mantoux test). Alhamdulillah, mereka bertiga memberi kerjasama yang sepatutnya.

Aisyah yang sukarela nak mula yang pertama. Sempat jugak Aisyah jerit, "Ouch!". Saya dah risau takut danish akan refuse.

Lepas Aisyah, diikuti oleh Irfan dan seterusnya danish. Ternyata danish paling berani antara mereka. Sangkaan awal saya sangat meleset. Ni gambar selepas kejadian...

Aisyah posing dulu... ubat dicucuk di lengan sebelah kiri
 Kemudian adik pula posing
cucuk kat lengan, tapi letak kapas kat pergelangan tangan
Apa apa aje la adik...
 Posing dari si abang pulak
 Mereka bertiga
Selepas tiga hari, nurse datang semula untuk check keputusan
Tentu sekali keputusannya negatif!
Dalam borang tu juga dinyatakan kenapa mereka perlu menjalani TB screening
"Parent born in a country with a high TB rate (Malaysia)"
Baru saya tahu, Malaysia mempunyai kadar jangkitan TB yang tinggi!

NuKilaN:
 

3 comments:

  1. TB?batuk kering ye kak..?berani betul budak2 tu..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah semua bebas dari jangkitan

    ReplyDelete
  3. Lea: Yup, nak check depa ada batuk kering ke tak... saya pun gerun bila tgk jarum, mereka boleh selamba pula :)

    Kak tini: Alhamdulillah :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails