Sebenarnya ada tiga cara anak-anak boleh makan semasa rehat di sekolah. Ada tiga istilah yang digunapakai iaitu School Dinner (SD), Home Dinner (HD) dan pack lunch.
Masa mula-mula dengar istilah tu macam pelik juga, kenapa makan tgh hari, tapi mereka panggil dinner. Tapi tanda tanya tu dah terjawab bila baca ayat berikut dari Wikipedia:
Dinner is usually the name of the main meal of the day. Depending upon culture, dinner may be the second, third or fourth meal of the day. Originally, though, it referred to the first meal of the day, eaten around noon, and is still occasionally used for a noontime meal, if it is a large or main meal.
Sebelum ni dah terbiasa, dinner tu adalah panggilan untuk makan malam. Rupanya dah ada salah faham tentang penggunaan istilah dinner. Ke saya sorang yg faham mcm tu? Hehehe...
Ok, berbalik pada SD, HD dan PL. Sekiranya pelajar memilih SD, itu bermakna mereka akan makan makanan yang disediakan oleh kantin sekolah. Mereka perlu bayar £1.50 sehari utk kos makanan. Pernah juga saya tanya anak-anak, best ke makanan bagi pelajar SD? Mereka kata, "Boleh la". Kadang-kadang makan pizza, kentang goreng, sandwiches atau burger termasuk buah sekali. Setakat ni anak-anak belum request utk SD. Alhamdulillah, jimat duit ummi!
Jika HD pula, ibubapa akan mengambil anak-anak semasa rehat untuk makan di rumah. Mereka dibenarkan makan di rumah bersama keluarga. Lepas makan, kena hantar anak balik ke sekolah. Yang ni memang saya tak dapat nak buat. Tak kuasa nak ambil mereka di sekolah dan kemudian hantar semula.
Tentu sekali ini pilihan kami, Pack Lunch.
Kiri Irfan punya, kanan Aisyah punya
Jus buah dan sandwich
Setakat ni, hari-hari saya bekalkan anak-anak dengan pack lunch. Irfan selalu request burger dan kegemaran Aisyah pula daging burger atau roti disapu butter+gula. Kalau tak sempat masak, saya bekalkan kentang goreng atau nugget jer - cepat sbb deep fryer yg bantu :) Alhamdulillah, mereka berdua tak cerewat memilih bekalan utk PL.
NuKilaN:
sedapnya tengok bekal mereka berdua tu
ReplyDeletebekal roti aje pun... suruh bawa nasi goreng tak nak, so mmg kena sarapan kenyang2 kat rumah
ReplyDeleteHehe sy pun mula confuse jgk psl Dinner tu ;D
ReplyDeleteNway ank sy pun PL jg. Masa awal2 je nk bw mkn berat mungkin dah biasa lunch mkn nasi kn tp skrg tak lg. bw sandwich, burger mcm anak nur jg la. :)
kak nur...thanks bagi tips programming:) best nye ada pack lunch...sempat jugak kak nur masak...sayer diri sendiri pun tak sempat nak masak..hiii
ReplyDeleteIzu: Ingatkan saya jer yg confuse dengar Dinner, ada geng rupanya :)
ReplyDeleteZu: Hahaha, tips la sgt... nak jimat, kena la masak :)