Saturday, September 22, 2012

Rawatan lelah di UK

Sekarang musim dah menginjak ke autumn. Cuaca dah mula sejuk. Suhu sebelah malam mencecah 4 degree celcius. Maka bermula lah episod memakai baju beberapa lapis dan memasang heater.

Dalam suhu sejuk begini juga, Danish mudah terkena lelah. Dua hari lepas dia mula menunjukkan simptom lelah. Paling ketara malam semalam. Langsung tak boleh tidur. Setiap jam dia akan terjaga dan batuk-batuk. Selepas diberi inhaler, baru danish akan sambung tidur.

Kalau di Malaysia, Danish pasti akan diberi nebulizer untuk mengurangkan lelah dan membolehkan Danish bernafas dengan selesa - jika dibawa ke klinik. Kemudian Danish akan dibekalkan ubat sirap salbutamol, ubat batuk, dan ubat mengurangkan kahak. Kalau lelah berserta demam, kena tambah paracetamol dan antibiotik. Saya pernah buat entry pasal lelah di sini.

Di UK, cara rawatan sangat berbeza. Kanak-kanak tidak akan diberi nebulizer walau seteruk mana lelah yang dialami. Kalau anak dibawa ke bahagian kecemasan sekalipun, rawatan nebulizer tidak akan diberikan sama sekali kerana ubat yang digunakan untuk nebulizer mengandungi steroid. Maka mereka mengelakkan pengambilan steroid di kalangan kanak-kanak.

Apa yang dibuat ialah mereka cuma menggunakan inhaler sahaja. Inhaler diberikan sehingga kanak-kanak boleh bernafas dengan baik dalam selang masa yang agak lama (tak pandai pula nak terang cara guna inhaler yang disyorkan oleh doktor, huhuhu).

Bila Danish kena lelah, saya tak terus bawa ke klinik. Saya hanya menggunakan inhaler yang dibekalkan. Jika dibawa ke klinik sekalipun, tiada sebarang ubat akan diberikan. Saya akan bawa danish ke klinik bila ubat inhaler dah habis. Maka, rawatan lelah untuk Danish hanya dilakukan di rumah macam ni....

Semoga danish cepat baik....
NuKilaN:
 

6 comments:

  1. alahai siannya Danish, mg cepat baik ya..

    ReplyDelete
  2. ooo...nebulizer tak sama ya dengan inhaler.. jadi malaysia sini mmg biasa guna nebulizer lah..bahaya juga ada kndungan gitu.. kesian pula danish ..lelah mmg siksa lagi2 kalu wktu malam dan musim sejuk gitu.. sabar ya dik danish..mama saly doakan moga2 lelah danish bkurangan dan cepat2 sembuh..

    ReplyDelete
  3. Salam nur

    Kesian Danish..kesian jg ank2 izu. Tp kt sini kene nebulizer tp bkn kt klinik, tp kt hospital mungkin athma ank izu dah kira agk teruk kot..tp geram jg bila tau derg bg ubat steroid tu..oh ye ke nebulizer kt msia pon mengandungi steroid? Tatau la plak selama ni..tak suka la ank sy diberikn steroid tp nk buat mcm manakan..hmm. Btw ank izu inhaler tU sekali amik 10puff and setiap 2 jam, bila dh ok sket baru krg kan puff jd 8, 6 gitu dan waktu pon krg setiap 4jam sekali then 8jam sekali . Klu dh ok stop..apapun get well soon to Danish, ada bg Habbatussauda'? Ada kakak suro mkn baik utk athma,,tp sbb kn rasanya yg pahit sgt, ssh jg nk bg ank mkn esp yg no 2..Okla take care!

    ReplyDelete
  4. Kak tini: Tq, dah beransur baik :)

    Saly: Skrang ni dah makin sejuk, bila cakap pun keluar asap.... sbb tu senang kena asthma attack... danish pula suka sgt tak pakai baju dalam rumah, lepas ni mmg kena paksa jugak pakai

    Izu: Yg kat M'sia tak pasti pula dia punya kandungan... yg kat sini Dr yg cakap bila saya request nak neb... Tq Izu share cara guna tu... pandai pulak Izu explain... hehehe

    Dini: Tq doakan danish :)

    NoEn: Alhamdulillah, dah semakin ok

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails