Monday, November 19, 2012

Tahniah!

Hari ni dah keluar keputusan UPSR. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada yang tidak berjaya mendapat 5A, jangan susah hati. Jadikan ia pendorong kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Saya sendiri pun tak pernah mendapat straight A's dalam mana-mana peperiksaan besar - UPSR, PMR mahupun SPM. Yang paling sedih, masa PMR saya cuma dapat 2A.  Saya sendiri memang tidak menaruh harapan yang tinggi. Bila dapat keputusan 2A sahaja, ummi saya yang paling sedih. Saya masih ingat muka ummi yang cukup sedih masa tu. Ummi saya demam dua hari selepas keputusan PMR diumumkan :(

Naik tingkatan 4, saya simpan cita-cita yang sangat tinggi. Saya janji saya tidak akan melukakan hati ummi lagi. Saya mesti lebih berjaya dalam pelajaran. Saya mesti jadi anak yang pandai. Saya mesti jadi anak yang membahagiakan ummi. Saya ingin menghadiahkan sebuah kejayaan buat ummi. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa yang tak putus-putus, saya berjaya mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Senyuman ummi semasa saya mendapat keputusan SPM mengubat luka saya semasa PMR.

Eh dah melalut ke kisah saya pula.. Hehehe, sebenarnya entry ni nak ucap tahniah kepada dua orang sepupu saya di Kelantan yang berjaya mendapat 5A. Tahniah buat Nik Hanan dan Nik Razi Irfan. Anda berdua contoh yang baik buat adik-adik. Semoga teruskan kecemerlangan di dunia dan di akhirat :)
Ni gambar saya cilok dari FB..
Nik Hanan tudung kaler turqoise dari SK Zainab II, sebab tu semua perempuan :)
Nik Razi pula dari SK Kubang Kerian II. Dari SKKK II, dikhabarkan 40 orang dapat 5A...
Tahun ni Kelantan memegang rekod UPSR terbaik, Tahniah!

NuKilaN:
 

7 comments:

  1. saya pun tak pernah dapat straight A's dalam ketiga-tiga peperiksaan tu ^_^.

    tahniah buat sepupu-sepupu yang dapat 5 A :)

    ReplyDelete
  2. tahniah pd adik2 yg berjaya dan moga terus berjaya dimasa depan ....yg tak berjaya masih ada kesempatan lg kan...ida pun tak penah nak dpat straight A...cukup2 makan je...hahaha

    ReplyDelete
  3. tahniah
    ank buah sy pun UPSR juga..tp xtanya lg result deorg..hehe

    ReplyDelete
  4. tahniah kepada yg berjaya... dan yg gagal bukan bererti gagal untuk selama2xnya....

    ReplyDelete
  5. Saya dapat straight As tak juga berjaya belajar sampai ke Bradford, Nur :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails