Tuesday, December 18, 2012

Beku!

Sepanjang minggu lepas, suhu selalu negatif sebelah pagi. Tiap kali berjalan pergi sekolah, rasa macam jalan dalam freezer. Patutlah bukan main sejuk sebab salji nak turun.

Bila suhu di bawah takat beku, banyak kawasan yang diselaputi frost. Lopak air juga bertukar menjadi air batu. Rumput juga diselaputi ais. Begitu juga dengan kerusi dan tiang. Ni gambar yang saya sempat snap sekitar rumah....

Dimulakan dgn model saya yang nak ke sekolah
Kakak kata, "Ummi ambil la gambar rumput warna putih tu"
Perasan tak rumput yang diselaputi ais?

Ni pula tiang di tepi jalan...
Macam dalam freezer kan?

Yang ni kerusi di taman
Juga diselaputi ais
Pemandangan padang yang diselaputi ais
Ni pula pokok rosemary
Bertukar kaler sebab disalut oleh ais

Alhamdulillah, cuaca dah semakin baik
Hari ni suhu dah naik 6 darjah celcius :)

NuKilaN:

18 comments:

  1. sejuknya suhu kat saana tu... jaga diri n anak2 ye...

    ReplyDelete
  2. Wah..tak boleh nak bayangkan betapa sejuknya....

    ReplyDelete
  3. sejuknya.. kalu akak menggigil dah tu

    ReplyDelete
  4. ish....sejuknya, kat malaysia ni kalo duduk dalam aircond @ hujan pun dah sejuk ini kan tempat bersalji

    ReplyDelete
  5. Subhanallah cantiknya pemandangan dilitupi ais tu..belum dilitupi salji lg :)

    ReplyDelete
  6. cantiknya permandangan kat sana
    mesti sejuk sgt kan

    ReplyDelete
  7. akak, saly di sini terengganu ni hujan sangat2, ini pun saly dh tk tahan sejuk n dinginnya... hihii.. akak sana apatah lg, pasti sejuk sgt2 n tebal baju... hehe..

    cantik betul pic tu.. cantik sgt2 pemandangan..

    ReplyDelete
  8. seronoknya dpt jenjalan kat sana

    ReplyDelete
  9. wah dinginnya bukan main...
    tepi photo ini pemandangannya indah yah, juga bagus..

    jangan lupa singgah balik yah

    http://penyuluhpi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Ai nur, lama xupdate blog..bz ker?

    ReplyDelete
  11. subahanallah akak.. cantiknya pemandangan kat sane.. IF harap dapatlah jejak kaki kat sane.. sambung phd kat sane ke..
    seronok tengok keindahan alam tuh dengan model yang comel2.. hihi
    take care akak..

    ReplyDelete
  12. Camnr lh nk bgn solat subuh kalau dingin cmtu. Hehe. Nk gerakkan ank2 saya solat subuh kt Malaysia kita ni pun susah, asik tarik selimut aje. :)

    ReplyDelete
  13. Aisy Nasiha: Insya Allah :)

    KZ: habis kebas kaki dan tangan

    Kak Tini: Ada heater sbg penyelamat :)

    Azian: Mmg sejuk, nak keluar rumah pun rasa malas

    Izu: Kalau salji lagi cantik, sabar menanti salji juga ni :)

    Nik Ros: Tersangat sejuk.... kena pakai baju berlapis-lapis sebelum keluar rumah :)

    ReplyDelete
  14. Saly: Dengar cerita, Terengganu pun dah mula naik air kan?

    Mimie: Bukan jalan, mmg bermastautin kat sini

    Aisy: Bukan bz, bercuti :)

    IF: Insya Allah, akak doakan IF juga berpeluang menikmati keindahan negara orang :)

    Suhaina: Salam ukhwah, nanti jemputlah bertandang sini lagi

    myfreeminded: subuh kat sini habis lewat, so lepas bersiap pakai uniform baru solat subuh :)

    ReplyDelete
  15. subhanallah... seronoknya tgk suasana kat sana... walaupun tak dpt merasa sendiri... tgk gmbr pun jadilah...

    ReplyDelete
  16. Mana tahu suatu hari ni ada rezeki nak jejak kaki negara 4 musim... Insya Allah :)

    ReplyDelete
  17. wah..bkn main sejuk lagi kan..kalau sy jwbnya tak kuarlah sbb menggigil..huuh

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails