Wednesday, April 30, 2014

Day 1: Bradford ke Travelodge Cantebury

Tak tahu nak mula cerita dari mana. Saya mulakan dari hari pertama kembara kami. Bertolak dari Bradford pukul 11.00 pagi selepas siap isi minyak full tank. Kereta yg kami sewa guna minyak diesel. Jimat sgt2 rupanya diesel ni. Walau harga diesel mahal sikit dari petrol, tapi betul la kata orang. Guna diesel ni boleh pergi jauh. Kalau tak silap, kali pertama isi penuh dalam GBP57. Boleh jalan hingga sampai ke Travelodge di Cantebury.

Yang kelakarnya, bila dah nak sampai dekat tempat berkumpul BD5, baru teringat yang ayam bakar dalam oven lupa nak bawak. Kalut punya pasal buat persiapan utk merantau negara orang berhari-hari (ayat macam UK negara sendiri aje kan, jangan marah yer.... M'sia tetap di hati) . Alahai, tak dapat nak lunch dgn ayam bakar. Nasib baik tinggal kunci kat jiran depan rumah. Cepat2 call jiran depan rumah minta tolong ambilkan ayam bakar dalam oven. Rezeki mereka lunch dengan ayam bakar hari tu :)

Eh, dah melalut-lalut pulak. Baik cepat2 kembali ke pangkal jalan. Bila semua lima keluarga berkumpul, ketua kumpulan memberi sikit taklimat serba sedikit tentang perjalanan hari tu. Rancangan asal, kami akan stop di Cambridge utk menunaikan solat Jumaat sebelum meneruskan perjalanan ke Travelodge Cantebury.

Lepas taklimat, ketua kumpulan bacakan sedikit doa selamat semoga perjalanan kami selamat dan dipermudahkan oleh-Nya.
Then, here we go... dengan lafaz Bismillah, bermula la kembara kami ke benua Eropah.
Sepanjang perjalanan ke selatan UK, kami dihidangkan dgn rapeseed yg terbentang kuning di kiri kanan jalan....
 Subhanallah... cantik sgt sgt.. rasa nak guling2 gaya hindustan jer kat ladang rapeseed tu...
 Tgk saya ralit snap gambar, Aisyah pun asah bakat photography sama...
Aisyah and Aufa... non-stop chatting budak berdua ni....
Sorang berangan jadi Elsa dan sorang berangan jadi Anna.. elok sgt la tu....
Ingatkan perjalanan lancar jer hingga ke Cambridge, malangnya jalan jammed yg amat. Mungkin ramai yg ambil peluang jalan-jalan sempena Easter Holiday. Lama sgt terperangkap dalam traffic jammed dan perut pun dah mula menyanyi riang. Jadi kami buat keputusan utk berhenti di service yang terdekat untuk mengisi perut.

Kanak-kanak riang posing bila dapat keluar dari kereta...
Bentang tikar bawah pokok dan buka bekal masing-masing dan makan sama-sama. Kalau perasan, mat salleh dlm gambar tu bukan main cari cahaya matahari utk picnic. Kita yg M'sian ni tetap cari tempat redup... hihihihi

Gambar makanan yang mabeles tu lupa pula nak snap gara-gara perut yg tersgt lapar. Ni gambar saya snap bila perut dah kenyang....
 Anak dara yg selalu sporting bila suruh posing...
Kalau tak silap, dalam pukul 6 petang juga kami sampai ke Travelodge Cantebury. Berakhirlah hari pertama kami. Tempek gambar budak2 bertiga posing di sekitar Travelogde sebelum check out hari kedua. Hari pertama tak sempat posing sbb semua dah penat...
 Kat tangga pun nak posing jugak..  bukan senang nak snap gambar Danish posing cenggitu...
 Haaaa.... ni pula kononya nak pow pound ummi la tu...
Takde makna nya anak-anak... Duit pound ummi dah simpan siap-siap, ada duit Euro dan Swiss aje dlm purse... hihihi, alasan baik punya :)

Till next entry...

NuKilaN:
 

19 comments:

  1. Subhanallah.... chanteknyer ladang rapeseed tu... mmg rasa nak guling2 gak he3...

    Allah da aturkan ayam bakar tu utk jiran ;)

    ReplyDelete
  2. Bestnya travelling dgn family camni.....:)

    Nasib baik tinggalkan kunci kat jiran klu x tak tahu jd apa pula ayam bakar tu ye.... hehe

    ReplyDelete
  3. cantiknya...mesti best ada peluang tengok negara orang :D

    ReplyDelete
  4. Subhanallah cantiknya....... best dpt pergi ramai2 mcmnie....

    ReplyDelete
  5. Nur, bakpo tok guling nyoh? hahhahahhahaha......kalu dini mesti tak lepas peluang nok posing ala2 hinduste kt rapeseed tu....kuikuikuikui

    ReplyDelete
  6. Mmg geram kan tgk ladang rapeseed tu..cantik! Nway, sporting je 3-3 tu bgmbr wpon pjalanan jauh :)

    ReplyDelete
  7. wahhh... terasa dalam filem hindustan bila tengok ladang rapeseed tu... haha
    rezeki jiran Nur nak makan ayam panggang.... :)

    ReplyDelete
  8. Gelihati kakak bila Nur kata tertinggal ayam panggang. Kesian budak-budak.
    Tapi apa yg tambah seronok konvoi ramai-ramai tak rasa bimbang. Anak-anak pun happy ramai kawan..

    ReplyDelete
  9. kan... bila eksaited semua mesti ada yang tertinggal, penat2 bakar ayam tapi takder rezeki kan.

    tu satu percanggahan pendapat yg selalu jadi antara saya ngan papa JJ, pasal sinaran mentari. Dia sebolehnya nak duk bawah panas, saya tak kisah tapi pedih la kulit berjemur, lagipun dah sedia tan, tak perlu nak sunbath dah huhuhu.

    ReplyDelete
  10. hahahhaha alahai tak de rezeki nak makan ayam bakar... sian... tak pe la... jalan jauh seronok tu... comei betul budak bertiga tu... heheh

    ReplyDelete
  11. walaupun mencabar tp msti seronok kan kak... rasanyer mcm pusing semenanjung malaysia tak kak?

    comel je 3 beradik ngn baju sama posing kt tangga tuh... si abg irfan nampak makin ensem mcm anak omputeh je...tak sbr nk tunggu sambungan cite...

    ReplyDelete
  12. Seronok dan hepy sangat2 lah budak2 tu...yg kurang hepy mungkin tak dapat makan ayam bakar tu...
    Takder rezki...huhu..

    ReplyDelete
  13. Bestnya travel cam nie..boleh berenti ikut rasa kita jer mana2 bersama2 ngan group lah kan...
    yg bakar ayam tuh saya pun rsa keciwa ..sib baik jiran ade kunci yer..kalo tak? hhmmm berulat ker? heheh

    ReplyDelete
  14. Salam Nur,

    Tergelak pasal ayam bakar dalam oven tu. Nasib baik boleh di'selamatkan' oleh jiran kalau tak,.... Pandai ya anak2 riang posing nak pow pound umi mereka ya, he he!! Memang tabiatlah tu cari tempat redup, typical Malaysian!

    ReplyDelete
  15. Haha.. excited sanvat tu sampai terlupa ayam bakar.. saya pun sokmo gitu kalau nak pegi tertinggal barang yg nak sangat bawa.. kalau tak boleh makan bawah pokok sma2 ya..

    ReplyDelete
  16. Kalau duk Malaysia belum tentu bukak tikar bawah pokok makan bekalan sendiri Bijen....sure makan kedai punya hehe

    ReplyDelete
  17. Hahaha...ayam bakar pun boleh terlupa nk bwk ye

    ReplyDelete
  18. Lupakan ajelah ayam bakar. Tengok pemandangan cantik terus tak rasa lapar. Kalau dapat berada kat ladang rapeseed tu tentulah nak guling-guling sambil tukar baju macam dalam filem hindi :) Eh, silap...ni bukan travel kat India kan...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails