Sekejapnya rasa.
Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu satu keberkatan dan keampunan buat kita semua.
Alhamdulillah, Ramadhan kali ni antara yang terindah... sebabnya kami berpeluang menikmati Ramadhan di dua suasana yang berbeza.
Yang buatkan lebih indah dan manis, bila Ramadhan kali ni kami banyak menerima undangan untuk berbuka puasa.
Boleh dikatakan setiap hari semasa kami di UK kami menerima undangan berbuka dari rakan-rakan.
Ya Allah, terharunya rasa bila dikelilingi oleh insan2 yang baik dan berhati mulia.
Selain berbuka puasa bersama rakan-rakan dari M'sia, kami juga menerima undangan untuk berbuka puasa di rumah kawan baik Irfan, Sofyan.
Sofyan ni salah seorang kawan baik Irfan di sekolah.
Kata ayahnya, Sofyan berkali kali menangis bila mengetahui yang Irfan akan kembali ke Malaysia.
Sedih sangat katanya sebab dia akan kehilangan kawan baik satu kelas.
Untuk mengubati rasa sedih Sofyan, keluarganya menjemput kami sekeluarga berbuka puasa di rumahnya.
Dapat juga kami pengalaman berbuka puasa dengan keluarga Sofyan dan merasa juadah dari Pakistan.
Sempat juga snap beberapa gambar sebagai kenangan...
Yang ni adik Sofyan yang membantu menhidangkan makanan...
Adik lelaki Sofyan yang berbaju merah tu namanya Sulaiman, dan satu kelas dengan Danish.
Yang ni pula desert yang dihidangkan lepas solat Maghrib...
Yang ni pula desert yang dihidangkan lepas solat Maghrib...
Dah lupa apa nama desert ni (kalau tak silap Faluda)... sedap juga rasanya dengan lemak2 fresh milk, ada juga kekacang dan juga kismis.
Bila balik M'sia, tentulah lagi seronok dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga dan juga kawan-kawan.
Yang anak-anak bertiga duk pulun makan durian.
Syok sangat tengok mereka dapat makan durian sampai puas :)
Bila balik M'sia, tentulah lagi seronok dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga dan juga kawan-kawan.
Yang anak-anak bertiga duk pulun makan durian.
Syok sangat tengok mereka dapat makan durian sampai puas :)
'Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya kembali ke belakang kerbau'
ReplyDeleteBagaimanapun pengalaman itu tetap manis untuk dikenang, kan? :)
Salam Aidil Fitri, Nur.
Kenangan itu yg abadi dlm hati kan nur.. wlpn telah kita tinggalkan..
ReplyDeleteSalam lebaran aidil fitri buat nur sekeluarga.. maaf zahir batin..
Lain tempat lain style Nur
ReplyDeleteTapi yg jelas ada ukhuwah Islamiah itu yg syukur sangat
M'sia sekarang ni durian sana-sini Nur
Kalau takat nak makan sampai sendawa pun boleh..
Selamat Hari Raya maaf zahir batin dari kakak,.
Selamat hari raya maaf zahir batin
ReplyDeletePulun habis-habisan makan durian tu, Nur. 3 tahun tak dapat makan durian masa musim duriankan...
ReplyDeleteAlhamdulillah, semuanya itu kenangan indah. Untunglah tahun ni dapat merasai suasana berpuasa di dua tempat yang berbeza.Apa-apapun, di negara sendiri lagi bestkan. Ngaku cepat!