Monday, December 14, 2015

Pantai Tok Jembal

Kisah petang Khamis lepas.
MIL ada cakap nak bawa anak sedara ke pantai.
Boleh juga tanam badan dia dalam pasir pantai utk mengubat gatal2 badan yg dia alami.
Jadi saya cadangkan kami ke pantai Tok Jembal.
Sebelum ni, hanya dengar cerita dari kawan2 jer.
Saya pun belum pernah ke sana.
Jadi memandu lah saya berdasarkan lokasi yg diceritakan oleh kawan2.
Abah kena tinggal kat rumah sebab jagakan Irfan.

Akhirnya sampai juga ke tempat dituju.
Betul kata kawan2, bukan main meriah lagi suasana kat sana.
Penuh dengan keluarga yg bawa anak2 mandi manda.
Bukan main seronok lagi Aisyah dan Danish dapat mandi pantai.

Cuaca dah makin gelap sebab kami sampai pun dah lewat petang.
Lepas mandi pantai, Tok Ayah belanja aiskrim pulak..
Lagi laaa berganda keriangan mereka :)
Bukan setakat satu sorang, semua dapat dua kon aiskrim.
Terima kasih Ayah....

Esoknya, Aisyah dan Danish ajak lagi pergi ke pantai tu.
Mereka kata, "Kan dekat jer?".
Tapi mana boleh, bising lah Irfan kalau kena tinggal kali kedua.
Sabar yer Aisyah dan Danish, bila abe Irfan dah sihat nanti kita pergi lagi :)

8 comments:

  1. Pantai kawasan pantai timur M'sia memang cantik dan bersih airnya Nur
    Siapa pun suka bukan anak-anak Nur aje.
    Kakak kalau ke T'ganu mesti nak singgah pantai tak kisahlah pantai mana pun:)

    ReplyDelete
  2. cantik pantainya yg best boleh mandi2... kt terengganu banyak jgk yg dh tak blh mandi sbb keadaan pantainya...

    seronok lah bdk2 dpt mandi mkn sekerim pulak... hehhehehhe
    sian abg irfan mkn ati tak dpt main air n mkn sekerim kalu selalu kene tinggal ek

    ReplyDelete
  3. Kat sana tak hujan ke Nur?

    Sabar Irfan ya..

    ReplyDelete
  4. syok nye pi laut ..... kite suka pi laut

    ReplyDelete
  5. Keseronokan berganda...dah dapat mandi laut pastu makan aiskrim pulak tu

    ReplyDelete
  6. Ayah tu mcm ada iras Danishlah Bijen.... mmg cucu atuk sungguhlah Danish ni ...

    Tu diaaa atuk belanja aiskrim, ibu mengandung dapat ke tak?

    ReplyDelete
  7. Sebelah pantai timur ni pantainya memang cantikkan, Nur. Sayang sungguh tempohari tak sempat pun nak ke pantai. Itu maknanya kena pergi lagi dan lagilah ke Terengganu, part by part meronda ^_^

    Kesian Irfan kena tinggal tapi nak buat macamana. Kalau kena tinggal 2,3 kali, memang mahu sedihlah Irfan di rumah!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails