Sunday, September 23, 2018

Adik Aina

Salam all..
Agaknya, ada lagi ke yang sudi baca blog ni?
Makin lama, makin malas pula nak update blog.

Salah satu sebab, dah tak dapat nak update blog guna phone.
Phone yg saya guna dari tahun 2013 dah merajuk.
Masalah pada skrin jer, boleh jer guna lagi.
Tapi rasa tak syok bila ambil gambar.
Tak puas tengok gambar guna phone yang berbalam balam.
Jadi beberapa bulan lepas dah selamat lamar phone baru.
Tapi tak tahu mcm mana nak upload gambar dalam blog guna phone.
Tulis blog tanpa gambar adalah sangat tidak best.
Tu yang blog byk terabai..
Hahaha.. bukan main panjang lagi alasannya (^___^)

Ok la, berbalik pada tajuk.
Dah lama nak cerita pasal adik Aina sebenarnya.
Alhamdulillah, Aina dah naik pangat kakak dua bulan lepas (21/7/18).
Dia dapat adik lelaki :)


Sedikit biodata adik baby:
Nama: Ahmad Firas
Berat lahir: 2.8 kg
Masa lahir: Sabtu. 21/7/18, jam 10.30 malam
Tempat lahir: Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

Alhamdulillah, proses bersalinkan baby Firas pun dipermudahkan walau pagi Jumaat lagi dah masuk wad. Kali ni ketuban darah. Jadi pengalaman tu agak berbeza. Ada masa nanti saya buat catatan kat blog, Insya Allah :)

Sama juga macam Aina, Firas kene prolong jaundis.
Sebulan lebih juga baru hilang kuningnya.
Juga berangan nak buat entry khas berkaitan jaundis Firas.

Tempek juga gambar Firas masa umurnya sebulan.

Tapi bila dua bulan, dah semakin bulat..


Ok la.. hingga jumpa lagi di lain entry :)

NuKilaN:
 

4 comments:

  1. Wah diam2 dah tambah ahli .. tahniah!

    ReplyDelete
  2. Tahniah nur..

    Wahh.. Aina dapat adik..

    ReplyDelete
  3. oloh3 kak... sebulan je dh naik bulat gitu....
    pasni jgn lama2 hilang kak... nnti terlepas cite mcm aina dulu....

    tlg kim slm peluk cium utk bby firas yek

    ReplyDelete
  4. Yelah ..... mak pun malas nak update blog sekarang. Sawan dah mai ! Hahahhaah

    Firas pulak bila nak naik pangkat jugak ni? Hihi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails