Wednesday, October 10, 2018

Pastry Fruit Cake

Akhirnya, tercapai juga hasrat nak baking kek fruity viral ni...
Rasanya, sedap lah.. masam masam buah dan manis kek.
Sekali makan satu slice, tup tup tak tahu dah telan berapa slice.
Agak berhantu juga rupanya.

Tempek resepi kat sini.
Senang nak rujuk :)

Bahan-bahan:
4 1/2 cawan tepung
1 sudu besar baking powder
250 gram butter
2 cawan gula kastor (sy kurangkan sikit gula jadi 1 3/4 cwn)
12 sudu besar susu segar (lupa nak sukat berapa ml)
2 sudu kecil cuka
2 sudu besar sunquick
6 biji telur
Buah-buahan segar (kalau boleh pilih buah yang masam dan tak berair. Saya guna kiwi, stoberi dan naga)


Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan.
2. Satukan susu segar, cuka dan sunquick dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Satukan butter dan gula kastor. Pukul hingga kembang.
4. Masukkan campuran dalam langkah 2 ke dalam adunan butter+gula yang telah putih gebu.
5. Masukkan telur satu per satu ke dalam aduann.
6. Akhir sekali masukkan campuran tepung yg telah diayak tadi.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang 12'x12' dan susun buah buahan segar ikut kreativi masing2.
8. Bakar dalam oven 180 degree selama 50 minit.

Selamat mencuba :)

NuKilaN:
 

6 comments:

  1. kek viral ni dah banyak kali lalu lalang hihi... terasa mcm nak try plak

    ReplyDelete
  2. Ye ke viral ? Apasal mak tak tau ni?
    Sekali tengok mcm pavlova yg selalu awak buat dulu dululah Bijen .... Sekarang tak buat lagi ke?

    Kat rumah ni kalau buat kek mesti tak habis.... jadinya ambik jalan mudah ajelah, tak payah susah susah membaking hihi.... bijakkan idea ai ni?

    ReplyDelete
  3. Sypn terlepas pandang..

    Nak cubalah

    ReplyDelete
  4. ramai dh org tayang sana sini tu kak, dana je tak sampai seru lg bila ntah nk try hehehhe...
    akak rajin lah membuatnya

    ReplyDelete
  5. Sedap tau kek ni..tapi anak2 ku tak suka pulak kek ada buah ni. Last2 harituh buat kek sourcream jer..sedap sangat!

    ReplyDelete
  6. Ramai yg terjebak buat ni.. Sy je belum hehe nmpk sedap yummy

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails