Thursday, November 1, 2018

Lazada 11.11 Blogger Contest

Dah beberapa kali saya terlepas join Blogger Contest yang dianjurkan oleh Lazada.
Ramai kawan2 kata saya ni pembeli tegar Lazada.
Tapi, hadap aje lah sebab memang betul pun.
Dari pampers anak-anak, susu formula, baju bajan hinggalah ke peralatan elektrik/elektronik semuanya sekadar klik klik kat Lazada.
Kemudian tunggu posmen hantar depan pintu ofis.
Kadang-kadang, setiap hari posmen hantarkan bungkusan depan pintu pejabat.. kikiki.

Dah-dah, jom kita kembali ke isi asal entry ni.
Dua hari lepas dapat email dari Lazada untuk sertai Lazada 11.11 Blogger Contest.
Bila baca terma dan syarat, rasa rugi sangat kalau tak sertai sebab syarat-syaratnya sangat mudah.
Cuma kena jawab satu soalan:

Apakah tiga produk (atau lebih) yang anda rancang untuk beli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival?

Ok lah, terpaksa bocorkan rahsia apa yang saya dah letak dalam "shopping cart" beberapa hari lepas tapi tak "checkout" lagi sebab tunggu dapat harga promosi 11.11 Shopping Festival nanti.
Kalau dapat penghantaran percuma dah rasa untung sangat.
Apatah lagi kalau dapat voucher diskaun dan tawaran harga istimewa semasa 11.11 Shopping Festival yang akan berlangsung pada 11 November 2018 nanti di Lazada Malaysia.

Ni barang wajib yang saya akan order kat Lazada. Kebetulan pampers Aina pun dah nak habis. Sempat lah tunggu harga promosi 11.11 Shopping Festival nanti. Siap ada T-shirt percuma lagi. Mesti suka sangat Aina kalau dapat baju Angry Bird tu :)


Produk 2: Bottle Warmer
Pemanas botol susu ni pula untuk panaskan susu Firas. Dah lama juga fikir nak beli ke, tak perlu beli. Alang-alang dapat harga istimewa semasa 11.11 Shopping Festival dan diskaun RM15 lagi, rugi sangat kalau tak beli kan?


Produk 3: Laptop
Kebetulan pula McBook saya buat hal. Nak ganti dengan McBook baru, belum cukup modal. Dapat beli laptop jenama HP ni pun jadi lah untuk sementara waktu. Banyak dah tu RM33+ untuk diskaun dengan tawaran harga istimewa lagi semasa 11.11 Shopping Festival di Lazada Malaysia nanti :)


Rasanya mikrofon ni yang paling lama saya letak dalam "shopping cart". Teringin nak beli untuk rakam video pengajaran di era pembelajaran 4.0 ni. Bila guna mikrofon, rasa sedap sikit suara sendiri. Hahaha, tiba-tiba masuk bakul angkat sendiri pulak. Tak sabar nak tunggu harga promosi 11.11 Shopping Festival untuk "ckeckout".

Cukuplah dulu empat barang yang disenaraikan kat atas. Kalau ikutkan hati, banyak lagi yang nak order. Yang tu, kita simpan bila Lazada buat tawaran murah lagi :)

Jom la mommies mommies sekalian kita pakat join Lazada 11.11 Blogger Contest ni.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?
Mana tahu kali ni RM1,111 tu jadi rezeki Ummi Danish sempena 11.11 Shopping Festival di Lazada Malaysia. 
Doakan yer :)

8 comments:

  1. Nak soping tu hengat hengat sikit kat kengkawan ek hahhaha!!!!
    Tak perlah mak tumpang seronok tengok kengkawan soping jadiklah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cuba tak tahu... join la contest ni dulu mak... kot2 ada rezeki nak dapat hadiah baucer... boleh la berjinak jinak dgn shopping online :)

      Delete
  2. Good luck nur..
    Best shopping online ni..
    Barang smpi je dpn pintu ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  3. sy tak join sbb rasa malas melanda heee

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum akak..
    Akak ingat IF lg tak? Lame IF tak jenguk blog akak..akak ape khabar? IF pun da tak update blog IF..hehe ๐Ÿ˜… if u wanna keep in touch, email IF at illykhalil@yahoo.com.my. take care ๐Ÿ’•

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails