Jumaat lepas, dapat surat dari cikgu yang kena bawa teddy bear ke kelas pada hari ni. Bukan main eksaited Aisyah bila tahu boleh bawa teddy bear ke sekolah. Hujung minggu pun dia asyik tanya,"when is Monday?". Entah berapa kali saya kena jawap soalan yang sama.
Bukan setakat bawa teddy bear, tapi kena beri nama kat teddy dan berbincang personaliti teddy tu. Nanti kena cerita masa kat sekolah. Dari situ kot mereka belajar new vocabulary berkaitan teddy bear. Rasa macam saya pun nak tunggu dalam kelas tgk apa mereka buat dgn teddy bear tu :)
Hari ni pula, pagi-pagi lagi dia dah bangkit. Biasanya pukul lapan baru saya kejut anak-anak bersiap untuk ke sekolah, tapi hari ni pukul 6.40 pagi dia dah bangun. Siap tanya saya, kenapa tak kejut dia dari tidur? (lagipun skrang pukul 6.40 pagi dah terang benderang). Nasib baik dia puas hati bila saya kata masih terlalu awal :)
Tepat pukul 8.00 baru anak-anak mula bersiap ke sekolah dan kamai bertolak awal sikit, 10 minit sebelum gate buka. Masa jalan ke sekolah, Aisyah ternampak kawan sekelasnya yang tidak bawa teddy. Masa tu dia dah mula resah dan sorok teddy bear tu belakang stroller Danish. Tapi muka dia kembali ceria bila tgk kawan2 sedang beratur utk masuk kelas sedang memegang teddy bear :)
![]() |
| Saya parking stroller danish dan snap gambar :) |
![]() |
| Aisyah terus meluru masuk ke kelas |
![]() |
| Tapi sempat lagi posing dgn bebear nya Masa ni muka dah ceria :) |
NuKilaN:












