Pertama kali selak langsir utk tgk pemandangan, perkataan pertama keluar dari mulut, "Subhanallah... cantiknya alam ciptaan-Mu." Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang utk kami menikmati pemandangan yang indah ini. Rasa mcm tak percaya pun ada...
Sungguh, hati sangat terharu melihat pemandangan secantik ni di depan mata...
Gambar yg saya snap dari dalam bilik yg kami. Tapi gambar tak berapa menarik pula. Mungkin sbb tak buka tingkap, jadi gambar kurang clear.
Ni pula gambar dari ruang tamu hotel yg kami sewa...
Ruang tamu? Oh ya, bilik yang kami sewa ni ada ruang tamu. Siap ada meja makan, tv, dan set sofa. Kami berkongsi ruang tamu ni dengan seorang lagi keluarga lain. Jadi seronok la anak-anak sbb ada ruang luas untuk mereka bermain. Jom intai apa aktiviti mereka...
Aufa, Aisyah dan Arissa... tiga-tiga memang mesra kamera :)
Irfan dan Kimie pula, tak habis-habis dgn tab...
Danish dan Khaleef yang suka sgt berebut trunki... Walau ada dua, nak juga yg kaler kuning tu... Sbb tu dua-dua muka ketat jer dalam gambar ni... huhuhu....
Pemandangan hotel penginapan dari luar...
Pemandangan dari hotel sebelah kiri...
Ni pula pemandangan lain di bahagian kanan...Kat atas bukit tu boleh nampak orang sedang buat aktiviti paragliding. Tapi tak nampak pula dalam gambar. Mesti best kalau dapat buat aktiviti paragliding di kawasan mcm ni :)
Haruslah tempek juga gambar anak dara yg request nak posing dgn bunga kuning ni a.k.a dandelion..
Saya cakap kat Aisyah, kat Bradford pun banyak dandelion. Tapi dia kata kat Bradford takde bukit yg belakang tu..
Tu dia, siap letak sekuntum bunga kat telinga. Mek bu'ngo sunggoh la...
Sebelum ke Titils, semua keluarga mengambil kesempatan utk berphotoshoot dengan pemandangan indah pergunungan Swiss.
Tempek gambar budak2 posing aje la, gambar family utk tatapan sendiri sahaja :)
Lepas sesi photoshoot, kami meneruskan perjalanan ke Titlis. Sepanjang perjalanan, mmg tak putus2 hati menyebut Subhanallah. Memang betul la orang kata, Swiss ni memang cantik!
Tak jauh pun Titlis dengan hotel yang kami sewa. Dalam 10 minit, dah sampai ke tempat yang dituju. Kita tempek gambar di kaki bukit Titlis dulu...Gambar-gambar lain dan aktiviti kami di sana dalam entry seterusnya, ya :)
NuKilaN:

































