Friday, May 29, 2015

Nota utk ibu dan bapa...

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita solat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. 
Dengarkan doa kita di depan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Copy and paste!!

Simpan kat blog buat rujukan...

** Bila baca yang nombor tiga tu teringat kat arwah ayah... selalu sangat dia bercerita bila kami riuh rendah. Tak pun arwah suka tanya mcm2 soalan teka teki... walau tak dapat hadiah bila teka dengan betul, tapi cukup untuk membuatkan kami bahagia.

** Bila baca yang nombor lima buat saya terfikir, agak2 bila anak-anak besar nanti... apakah kenangan manis yang mereka dapat ingat? Harapnya adalah momen momen manis yang mekar dalam ingatan mereka. Anak-anak ummi, bila baca entry ni, sila balas kat ruangan komen yer... hehehhe

Moga mereka jadi anak2 soleh dan solehah :)


NuKilaN:
 

Wednesday, May 27, 2015

WW ::: Stoberi kembar


Gambar akhir bulan Mac..
Skrang ni dah boleh bungkus winter coat... dan nak masuk summer :)


NuKilaN:
 

Monday, May 25, 2015

Empat ke dua

Aisyah walau dah nak masuk umur 8 tahun, masih lagi naik basikal tayar 4.
Entah mcm mana dia setuju nak tanggalkan dua tayar kat belakang tu...
 Gigih dia belajar kayuh sambil imbangkan badan...
 Jatuh bangun tu biasa lahh kan Aisyah bila mula-mula belajar...
Abang Irfan yang sedia beri tunjuk ajar tanpa jemu...
Aisyah tak ambil masa yang lama untuk belajar... Tak sampai sejam dia dah boleh imbangkan badan dengan baik...
Well done, Aisyah!
Juga nak letak video kenangan...




NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails