Thursday, November 4, 2010

botol susu

Saya ada dua jenis botol yang digunakan untuk menyimpan ebm. Botol MLO dan Bumblee Bee. Untuk menyusu pula, danish gunakan botol dari Pigeon. Yang best nyer botol pigeon ni adalah part putingnya yang peristaltic. Sangat la lembut.

Since irfan lagi saya gunakan botol susu jenis ni, sampai la adiknya danish. Sebab dulu masa irfan umur 5 bulan, tetiba dia jadi keliru puting. Tak nak minum susu pakai botol, nak direct bf jer. Risau sangat time tu. Macam mana nak tinggal bila pergi kerja? Berjenis-jenis botol dan puting susu yang ada kat pasaran saya cuba. Sampai la saya cuba produk ni, baru irfan boleh terima. So far bagi aisyah dan danish, tak pernah pula keliru puting bila guna produk ni :)

dari kiri: pigeon, MLO dan bumble bee

Untuk storage bottle pula, saya ada 12 botol MLO dan 20 botol bumble bee. Kalau dibandingkan antara MLO dan Bumblee Bee, saya lagi suka guna MLO. Selain daripada rekabentuknya yg sgt cute, saya suka sgt part skalanya. Setiap auns dia ada letak penghargaan utk si ibu spt berikut:

                              1 oz - Tq mum!
                              2 oz - You're the best!
                              3 oz - You're superb!
                              4 oz - You're awesome!
                              5 oz - Love u mum!

Bagi ibu yg x byk susu mcm saya ni, seronok sgt bila baca kata-kata perangsang mcm ni. Terasa seolah-olah sangat dihargai walaupun dapat 1 oz shj utk sekali pam :)

Berbeza dengan botol bumble bee, skalanya bermula dari 40 ml. Maksudnya, kalau dapat kurang dari 40 ml, tak boleh la nak sukat banyak mana susu yg kita dah dapat. Boleh down juga la time susu merudum.

Nak inteprem gambar danish yang dah pandai posing sekarang ni :)

9 comments:

  1. mesranya botol susu tu... siap ade reward utk mommy... ;)

    danish dah mesra kamera...

    ReplyDelete
  2. umialya: tu la... jap jer dah besar :)

    kakyong: bagus kan? boleh motivated ibu mcm sy ni :)

    ReplyDelete
  3. betul, nipple pegion works wonder utk Indah jugak. nanti farrel pun nak pakai pegion jugak, sekarang, belum lagi merasa nipple lain, direct feeding. =)

    best la MLO tu, nak beli jugak la!

    ReplyDelete
  4. kak nur, ayu plak suka botol bumble bee..sebabnya antara MLO n bumble bee ni, mlo ni tak leh pakai lama sangat...memang patut tukar dalam 6 bulan, tapi kadang2 tu, tak sampai 6 bulan pun, botol mlo tu dah bertukar warna..sedangkan bumble bee, pernah je ayu lajakkan sikit ke 8 bulan pun, botol dia tak le keruh macam MLO..hehe..tu, pendapat ayu je tau..^_^

    ReplyDelete
  5. nur,
    signature dah siap..

    amik kat link ni ya
    http://i1185.photobucket.com/albums/z353/kakyong_hy/Signature/nurbijen1.png

    ReplyDelete
  6. ayu: yea la kan, masing2 ada pendapat sendiri :) apa2 pun, akak mmg suka sgt kat MLO...

    kak yong: tq, nanti saya amik.. terima kasih byk2 yer kak yong :D

    ReplyDelete
  7. salam singgah dr mama aliff & adam..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails