Saturday, May 26, 2012

Gigi jadi duit?

Sambung lagi kisah irfan cabut gigi dari entry ni.

Beria Irfan minta nak simpan gigi yang dicabut. Saya tanya, nak buat apa dengan gigi tu? Irfan cakap nak letak bawah bantal. Nanti bangun pagi esok gigi tu akan jadi duit. Saya cuma senyum jer. Mengiayakan tidak, menidakkan pun tidak. Saya cuma layankan saja.

Si kakak juga mengiyakan sama.. Ni mesti terpengaruh dengan tooth fairy. Bila tidur sebelah malam, pari-pari akan datang untk memberikan duit bila letak gigi di bawah bantal.

Gambar::Gigi letak bawah bantal, tapi tuan gigi takde pula tak tidur atas bantal :)


Keesokan hari, Irfan bersiap seperti biasa untuk ke sekolah. Sebelum keluar rumah, dia baru teringat tentang giginya. Disebabkan dah lewat nak ke sekolah, Irfan mengangguhkan dulu hasratnya. Balik ajer dari sekolah, cepat2 check naik atas dan check bewah bantal. Tercalit sedikit kesedihan di wajahnya kerana gigi tetap gigi. Tiada duit yang muncul.

Saya pun terangkan, pari-pari tu memang tak wujud. Biasanya mak ayah dalam cerita tu yang letak duit. Nak bagi ganjaran pada budak2 yang berani cabut gigi. Saya tanya si abah, kenapa tak letak duit bawah bantal? Abah kata, tak nak beri kepercayaan karut kat budak2... a ah, iye jugak...  jawab saya dalam hati sambil mengangguk setuju.

NuKilaN:
 

4 comments:

  1. kelakar pn ngan anak2 ni, hihihi

    ReplyDelete
  2. Heheheh... Si irfan haza pulak pi tanam gigi yg tercabut tu kat dalam pasu... Ntah ape yg diorg pk kan... :)

    ReplyDelete
  3. betul tu kak tini... ada2 jer keletah dia orang ni :)

    ReplyDelete
  4. Tu terpengaruh dgn cerita apa pulak Haza? ada jugak ek motis tanam gigi... hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails