Wednesday, August 15, 2012

permintaan birthday boy

Bila dah besar panjang, dah mcm2 request yang Irfan minta sempena birthdaynya. Hadiah, mmg dia minta nak Leappad. Kebetulan harga Leappad jatuh mendadak (sbb Leappad 2 baru dilancarkan), boleh la saya beli untuk tunaikan hasratnya. Kalau dia request iPad, confirm saya tak mampu nak beli :)

Lagipun ia educational toys - belajar sambil main. Ada e-book yang boleh download utk belajar membaca. Ada juga games yang menguji kemahiran matematik dan problem solving. Tengok, bukan main senyum lebar bila dapat hadiah idaman :)
Kemudian dia request nak kek birthday. Dia nak kek coklat dan susun stoberi keliling kek. Kebetulan cooking chocolate xde, yang ada cuma white cooking chocolate sahaja. Nasib baik Irfan tak kisah. Tulisan tu juga adalah arahan Irfan. Dia kata, "Ummi kena tulis, IRFAN IS 7 dan lukis muka abg." So dapat lah hasil macam ni....
Walaupun sangat terserlah kecomotan, Irfan tetap puji, "Cantik la tulisan ummi." Irfan ni no 1 bab ambil hati umminya... ekekekekek...

Permintaan seterusnya, kena nyanyi lagu happy birthday masa potong kek. So lepas majlis berbuka puasa, hasrat ketiga Irfan berjaya dipenuhi. Terima kasih kepada kawan2 Irfan yang sudi datang memeriahkan majlis.
Tiga permintaan telah dipenuhi utk birthday boy. Minggu depan birthday Aisyah pula... hadiah dia dah request nak yang sama dgn si abang, tapi leappad color pink :)

NuKilaN:
 

7 comments:

  1. selamat hari lahir irfan.. besar dah dak irfan ni

    ReplyDelete
  2. cantik kek tue..pandai nur buat...sonoknya irfan dapat hadiah idaman....ramai jugak kawan2 irfan yer....:)

    ReplyDelete
  3. bestnyer dapat menunaikan impian anak2.. gembira irfan ...
    selamat hari jadi... smg jadi anak soleh kebanggaan keluarga..

    ReplyDelete
  4. Pandainya ummi buat kek..:)
    Happy bday Irfan!

    ReplyDelete
  5. kak tini: nampak jer besar, tapi rasa dia mcm kecil lagi..

    Ida: kek tu biasa jer. Skrang kawan Irfan ramai lagi, lepas raya makin berkurang. Dua family akan pulang for good

    Fadilah: Tq :)

    CZ: Insya Allah, amin!

    Ishamizu: Tq :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails