Tuesday, September 25, 2012

Terima kasih

Alhamdulillah, danish dah beransur baik. Ada batuk sikit-sikit jer. Cara dia bernafas dah kembali normal. Baru la saya senang hati nak pergi sekolah :)

Mula-mula agak cuak dengan cara rawatan asthma di sini. Dengan nafas tercungap-cungap, doktor kat GP macam relaks jer ....mcm tak de apa yang berlaku. Langsung tidak diberikan ubat. Kalau kat M'sia, mcm Aisyah dulu dah kena tahan dalam wad.

Bila saya request nak neb, doktor kata tak perlu sebab ubat yang digunakan ada steroid. Kalau boleh, doktor tak nak biasakan anak-anak dgn steroid. Kalau kat M'sia, saya tak pasti pula samada ubat yang digunakan mengandungi steroid atau tidak. Tak pernah pula tanya doktor kandungan ubat utk nebulizer masa di M'sia.

Terima kasih juga pada Izu yang yang berkongsi cara menggunakan inhaler dalam komen ni...

"Btw ank izu inhaler tU sekali amik 10puff and setiap 2 jam, bila dh ok sket baru krg kan puff jd 8, 6 gitu dan waktu pon krg setiap 4jam sekali then 8jam sekali . Klu dh ok stop.."

Memang nak cerita mcm tu tapi tak pandai pula sebab duk fikir, apa ek istilah puff dalam bahasa melayu? Padahal boleh jer belasah guna puff, orang boleh lagi faham :)

Ada juga beli Habbatulsauda, tapi tak tahu cara nak guna. Ada org kata boleh letak jer dalam masakan tapi belum ada masa nak explore.

Setakat ni saya kerapkan beri Danish makan madu bagi mengurangkan batuk dan kahak. Dalam masa yang sama, saya berikan danish ubat untuk menguatkan sistem imun, 4life Transfer Factor.

Yg saya bagi kat danish yg warna biru muda, yang warna biru tua tu transfer factors plus - tersilap beli... so yg biru tua saya kena makan.

Terima kasih juga pada mommies yang mendoakan danish :)

NuKilaN:
 

5 comments:

  1. Alhamdulillah....dulu adik bongsu saya pun hampir kena asthma (masa kecik2). Pastu mak bagi madu setiap malam. Alhamdulillah serasi.

    ReplyDelete
  2. serangan asma xleh wat main2, ia perlu tindakan segera.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..moga dik danish beransur sihat..
    akak,madu pun ok juga tau..

    ReplyDelete
  4. comel la nak umie :)
    semoga danish cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  5. Dini: Tu la, mcm danish pun serasi dgn madu... cuma tiap kali nak makan, mesti kena berperang dulu

    kak tini: Betul tu, ibu mana yg tahan tgk anak tercungap0cungap bila tarik nafas, kesian sgt.. tapi bila dah ok, si ibu pun akan happy :)

    Saly: Alhamdulillah, dah makin aktif seperti biasa

    Azian: Tq doakan danish :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails