Monday, October 22, 2012

Jangkitan kutu

Masalah yang saya paling tak suka... kutu kepala! Alkisahnya... sedang saya menyikat rambut Aisyah, ternampak beberapa biji telur kutu sedang bergantungan di atas rambut Aisyah. Huwaa, rasa macam nak nangis :(

Baru pagi tadi dapat surat dari cikgu kelas mengatakan jangkitan kutu dalam kelas Aisyah sedang merebak. Aisyah juga salah seorang mangsa!

Kalau kat M'sia senang sikit nak atasi. Potong rambut pendek-pendek, lepas tu boleh selalu syampu rambut setiap kali mandikan Aisyah. Kemudian guna penyikat kutu utk membunuh kutu yang bermaharajalela tu. Aisyah juga pernah kena masa saya dalam pantang hari tu dan kaedah macam tu mmg berjaya. Hari-hari saya syampu kepala Aisyah dan sikat rambut guna sikat kutu.

Tapi sayang la pulak nak potong rambut Aisyah. Seronok pula bila tengok Aisyah berambut panjang dan diikat dua tocang macam ni..

Disebabkan takde sikat kutu, saya dah order satu dari Amazon. Harganya boleh tahan jugak. Harapnya sikat tu boleh membantu saya mengatasi masalah kutu ini.

_____________________________________________________

Cerita kat atas ni sebenarnya kisah tiga minggu lepas yang juga terperap dalam draf! 
Sekarang masalah Aisyah dah selesai dengan guna penyikat Nitty Gritty ni...

Alhamdulillah, lega sebab tak sempat berjangkit ke semua ahli keluarga (^___^)
Penyelesai masalah kutu yang cekap!

NuKilaN:
 

5 comments:

  1. bab ni le yg akak tak suka, kepala mula rasa gatal2 daa... huhuhu (emosikan..)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah selesai masalah ni. Sy pon mmg syg nk potong rambut ank2 sy tp setakat ni tade lg kene kutu. Alhamdulillah..tq for sharing! Klu kene tau nk beli kt mana sikat kutu ni : D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Nur....

    Anak akak pun pernah alami masalh yg sama masa di tadika...akak beli ubat kat fmsi jer...tapi baunya teruk sangat....

    ReplyDelete
  4. haha..ingatkan kt mesia je ada masalah ni, kt sana pun ada. mujur dah selesai..

    ReplyDelete
  5. kak tini: Hahaha, mcm tu la perasaan saya bila tgk telur2 yang bergantungan

    Izu: Dalam amazon, semua ada :)

    MP: Sbb tu malas nak cari kat farmasi, tak suka bau semacam tu

    Lea: Tu la pasal, siap dalam surat tu kata Jgn risau, it is common problem in childhood, nothing to embrassed... bukan malu, tapi takut jangkit kat semua orang

    NoEn: Kan? Saya siap mimpi lagi yg kutu tu dah jangkit kat rambut sendiri... huhuhu, terlalu memikirkan punya pasal... nasib baik dah settle :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails