Monday, April 21, 2014

Check up mata

Sebelum cuti Easter hari tu, cikgu Irfan ada pesan suruh check mata dia. Katanya Irfan tak boleh nampak dengan jelas dalam kelas.

Jadi hari Rabu lepas, saya bawa Irfan jumpa opticians. Rupanya hanya tiga hari sahaja boleh jumpa opticians, iaitu hari Khamis, Jumaat atau Sabtu dan kena buat temujanji dahulu. Jadi kami terus buat temujanji pada keesokan harinya, iaitu hari Khamis.

Sempat snap satu gambar buat kenangan dlm blog...

Masa ni, mereka ambil gambar kornea. Dari pemeriksaan, mata Irfan takde masalah. Cuma Irfan ada masalah bila nak fokus ke sesuatu objek. Jadi kena pakai cermin mata juga bila tgk tv, main komputer atau masa belajar dalam kelas.

Utk buat spek, boleh pilih dari pelbagai jenis harga. Ada yg percuma atau boleh pilih yg berbayar. Kanak-kanak kat sini dapat pemeriksaan mata percuma dan juga subsidi cermin mata sebanyak GBP90. Jadi kalau pilih spek dgn harga yg lebih GBP90, kena tambah sendiri amaun yg terlebih tu.

Dalam tempoh seminggu, baru spek mata Irfan akan siap. Tapi tgk si abang buat spek, si adik pun nangis nangis juga nak pakai spek. Kena singgap kedai beli spek utk si adik. Tapi spek si adik cuma satu pound jer :)
Spek satu pound

NuKilaN:
 

11 comments:

  1. he3 bole la 2 dari adik ber'zikir' nak spec mata he3

    ReplyDelete
  2. ohh irfan kena pakai cermin mata ekk...best jugak klu kt sini ada subsidi cermin mata ..dh la bapak mahal cermin skang ni..yg rabun pun buat2 tak rabun jadinya.

    comel danish punya speck.hehe

    ReplyDelete
  3. tunjuk le gambar Danish pakai spek mata 1 pound

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah patah pun spek tu.. X sempat nak snap gambo :(

      Delete
  4. ingat td tu lah spek si abg heheheh... si adik nk bergaya jgk kan...

    ReplyDelete
  5. bestnya dpt subsidi cermin mata..!gitu ler anak2 kena bli sama la..hihi

    ReplyDelete
  6. Nak jugak yer adik. Tapi cute spek tu ☺☺

    ReplyDelete
  7. wahh makin hensem laa abg berspek heheeheh... bagus kat sane kan spek mate pun ade subsidi....rezeki laa namanye nieh...hope power makin berkurang laaa...lieya ni seksa menjadi warga rabun,power mate kiri 525, powet kanan 500...mmg lieya tak suke pakai spek...asek berlens jek...tak sangka selepas 10 tahun berlens mate kene alahan plak...lieya baru dptkan rawatan kat pakar...mujur early stage....nak tanak kene cuti lens 2-3 bulan gitu huhuhuh.....

    ReplyDelete
  8. Wah, tak sabar nak tengok cermin mata Irfan. Sure penuh bergaya bila Irfan bercermin mata. Kelakarlah Danish ni, nak juga spek mata macam si Abang. Klasik sungguh cermin mata Danish....rugilah takda gambar.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails