Monday, June 16, 2014

Koleksi resepi ringkas - Part 1

Dah lupa pula sejak bila saya join group "resepi ringkas" ni kat facebook.
Seronok juga bila join group ni.
Macam-macam resepi ringkas yang mereka selalu post.
Dah banyak saya download resepi2 yang dikongsi.
Cuma belum ada masa nak cuba masak satu-satu.
Jadi terfikir nak letak kat blog dulu.
Senang nak rujuk bila perlu.
Mohon izin yer bagi yang letak resepi ni kat group tu.

1. Jemput-jemput ikan bilis
Tak pernah lagi masak jemput2 guna nasi. Rasa nak cuba la buat sekali. Nak tahu perbezaannya. Tapi sekarang stok ikan bilis dah habis. Kena cari ikan bilis dulu baru boleh buat.

2. Kek coklat tanpa telur
 Juga tak pernah cuba lagi masak kek tanpa telur. Bahan-bahan pun senang. Harap boleh juga cuba yang ini.

3. Apam seri ayu
 Ni kuih kegemaran saya. Dah lama tak makan. Tgk cara membuatnya mcm senang, cuma acuan tak ada. Ada cadangan tak, acuan apa lagi yg sesuai utk buat kuih ni?

4. Roti
Tak sabar nak cuba buat roti dgn BM. Ni asyik duk mendonut jer dgn BM yang ada.

5. Cotton Soft Japanese Cheesecake
Salah satu kek kegemaran saya juga. Dah beberapa kali buat, tapi nak juga tempek resepi kek ni kat sini buat rujukan masa depan.

Mommies join tak group ni?

NuKilaN:
 

10 comments:

  1. resepi cekodok nasi ikan bilis tu sy pun x pernah cuba ...

    kalau ada resepi ringkas² ni mmg tertarik nak mencubakan...

    ReplyDelete
  2. save jugak lah resipi.. mana tau dapat seru nak buat.. doakan..huhu

    ReplyDelete
  3. Kakak semua dah buat Nur. Tapi satu kakak kalau buat apam seri ayu itu mesti kelapa dia tak putih sebaliknya jadi hijau muda. Geram tau.. sebab jadi tak cantik.

    ReplyDelete
  4. mcm2nyer resepi akak nk cube... dana biasa buat jemput2 nasi tuh... mmg sedap kak... rasa kenyang betul kalu mkn... maklum ada nasi dlm tuh kan

    ReplyDelete
  5. kak!sy pon join group tu...besh tengok resepi senang yg pelbagai...selamat mencuba!! ^__^

    ReplyDelete
  6. wahhh..sedap2 dan simple kan Nur... senang sikit nak masak bila teringin, bahan2 semua senang nak dapat..

    ReplyDelete
  7. wahhh sedap2ni Nur. tq Nur..boleh saya buat rujukan juga.

    ReplyDelete
  8. Atas sekali tu mmg faveret ...tapi tak pernah buat yg campur nasi pulak.... sedap ke yek? Mesti lembut jadinya kot...
    Nak bagi idea guna apa sebagai ganti acuan pun tak tau sebab tak pernah buat apam seri ayu tu....walaupun masuk dalam pilihan jugak kuih tu...
    Cotton Japanese kek tu OKje suka gak Bijen....tapi pernah try sekali jer dulu sebab nak rasmi bekas kek ...sejak tu bekas kek pun dah tak guna lagi hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samelah kite okje! yang atas skali tu mmg feveret PC, cuma tak pernah try lagi letok nasik...buleh try buat skali ning...rase guane la letok nasik ni...

      Delete
  9. Tak satu pun saya pernah buat *ngeh* Jemput-jemput ikan bilis tu tipulah pernah buat cuma tak pernah pulak guna nasi. Kalau tengok resepi yang Nur tempek ni macam senang je nak buat, tapi bila dah berada di dapur sendiri, macam nak terkehel je tangannya tak cukup rasanya :)

    Cotton Soft Japanese Cheesecake tu memang sukalah!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails